PENYANYI hip hop popular, SonaOne, 29, telah melancarkan single terbaharunya yang berjudul ‘Again’.
Popular menerusi lagu Apa Khabar dan Evo, penyanyi bernama sebenar Mikael Adam Mohd Rafee Michel Lozach ini telah meletakkan dirinya berada dalam kelas tersendiri.
Terkini, SonaOne tampil dengan sebuah lagu baru dalam bahasa inggeris, hasil ciptaan bersama jurutera mastering antarabangsa, Chris Athens.
Lagu ‘Again’ yang berentak rancak ini dirasakan sesuai bagi memenuhi selera anak muda masa kini.
Penyanyi yang turut popular dengan lagu 'No More' ini turut menjelaskan bahawa penghasilan lagu ini adalah berdasarkan trend terkini dan apa yang diminati penggemar muzik.
“Sebagai seorang artis, saya sentiasa berkembang mengikut peredaran semasa. Perubahan atau evolusi ini membuktikan kemajuan dalam diri saya dari pelbagai peringkat dan aspek.
”‘Again’ hanya secebis sahaja daripada apa yang bakal menyusul kelak,” jelas SonaOne yang teruja dengan judul terbarunya itu.
Peminat SonaOne boleh memuat turun lagu ’Again’ di semua platform digital bermula 14 April 2017. - Teks oleh : Izzat Ridzwan
Gempak
Sat Apr 15 2017
Peminat SonaOne boleh memuat turun lagu Again di semua platform digital bermula 14 April 2017.
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Pusat penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dibuka pada jam 9 pagi ini.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
'Again' buah tangan terbaharu SonaOne
Penyanyi hip hop popular, SonaOne, 29, telah melancarkan single terbarunya yang berjudul ‘Again’.