SATU lagi hubungan selebriti berakhir tahun ini iaitu pasangan Brooklyn Beckham dan Chloe Grace Moretz selepas Brooklyn dirakam bercium dengan seorang model Playboy, Lexi Wood.
Menurut laporan media antarabangsa, Brooklyn, 19 tahun, pergi ke sebuah kedai tatu terkenal di West Hollywood bersama Lexi, 20, Sabtu lalu di mana dia mengukir tatu seorang wanita di lengannya.
Anak sulung kepada pasangan David dan Victoria Beckham itu kali terakhir dilihat bersama Chloe, 21, beberapa minggu lepas dan ia membawa spekulasi mereka telah berpisah secara diam.
Kali terakhir Chloe dan Brooklyn dilihat berinteraksi di media sosial pada Mac lalu di mana pelakon filem Kick-Ass itu memberi ucapan hari jadi kepada kekasihnya di Twitter.
Pasangan popular itu berkenalan pada tahun 2014 dan hanya bersama pada 2017.
"Saya memilih dia kerana kami memahami antara satu sama lain, sudah setahun berlalu seolah-olah saya tidak sedar masa itu berlalu dengan cepat dan itu adalah perkara paling penting bagi saya," Chloe dipetik berkata awal tahun ini.
Sementara itu, rata-rata peminat meluahkan rasa marah dan kecewa di laman media sosial susulan kelakuan Brooklyn yang dianggap curang.
Selain Playboy, Lexi yang berasal dari Kanada juga seorang model untuk Vogue Japan, Cosmopolitan Russia dan Galore.
Agensi
Tue Apr 10 2018
Antara laporan media antarabangsa tentang 'kecurangan' Brooklyn Beckham.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Kontrak RM4.5 juta Brooklyn Beckham ditamatkan sebab makan daging
Kontrak dibatalkan walaupun baru lapan bulan dilantik menjadi salah satu wajah kempen jenama fesyen terkenal.
Perjanjian praperkahwinan anak sulung David Beckham bernilai RM16 juta
David Beckham dan Victoria akan terima menantu sulung esok.
Brooklyn Beckham 'kantoi' bercumbu dengan model Playboy
Hubungan Brooklyn Beckham dan Chloe Grace Moretz disahkan berakhir selepas Brooklyn dirakam bercium dengan seorang model Playboy, Lexi Wood.
Bertenang, saya akan berada di kolej lama lagi! Brooklyn Beckham
Anak sulung kepada pasangan Hollywood terkenal, David dan Victoria Beckham, Brooklyn akui kurang selesa dengan perhatian yang diberikan ketika berada di kolej.
Industri fesyen kritik pemilihan Brooklyn Beckham selaku jurufoto kempen Burberry
Diumum sebagai jurugambar rasmi kempen Burberry Brit, industri fesyen kritik Brooklyn Beckham dan menyifatkan pemilihan itu sebagai 'pengaruh kuasa'.
Anak sulung pasangan Beckham mulakan kerja di kedai kopi
Bayaran yang diterima Brooklyn dikatakan paling rendah bagi seseorang berusia antara 16 hingga 18 tahun dan tidak mempunyai pengalaman.