PENYANYI lagu Terus Mencintai, Siti Nordiana menjelaskan tidak pernah melakukan perkara acuh tak acuh dalam setiap persembahannya.

Siti Nordiana atau Nana dikritik menyanyi dalam keadaan acuh tak acuh oleh juri tetap GV4, Datuk Ramli MS malam tadi.

Nana muncul membantu rakan baiknya, Lan Kristal dan mereka berduet menerusi lagu Naluri Cinta nyanyian asal Rohana Jalil dan To' Ki.

Menerusi sebuah entri di laman Instagram milik Nana, @sitinordiana, wanita itu menjelaskan pendiriannya dan mahu memperbaiki lagi mutu persembahan di masa akan datang.

Performance semalam #naluricinta dengan lan kitel di #GegarVaganza . Hope uols suka & all the best untuk lan kitel di #GegarVaganza !! Btw semalam nana dah nyanyi all out. Nana x penah buat benda acuh x acuh. Segala performance nana walau bukan nn yg bertanding, nn akan make sure nn tolong partner nana. Tapi its oklah!nana akan perbaiki lagi