KUMPULAN K-pop wanita popular Girls' Generation atau SNSD dilapor berada di ambang perpecahan.
Biarpun baharu sahaja menyambut ulang tahun ke-10 penubuhan, namun ia tidak menghalang tiga anggota kumpulan tersebut untuk membuat keputusan tidak menyambut kontrak dengan pengurusan SM Entertainment.
Tiga anggota terbabit ialah Sooyoung, Seohyun dan Tiffany.
Sebuah portal hiburan Korea memetik sumber yang memaklumkan bahawa biarpun perpecahan itu bukan secara langsung, namun ia boleh terjadi berdasarkan situasi semasa.
"Ketiga-tiga mereka akan meneruskan karier bersama pengurusan yang lain; tentunya sukar untuk mengatur jadual apabila berada di bawah pengurusan yang berlainan," kata sumber itu.
SM Entertainment dalam satu kenyataan bagaimanapun menafikan Girls' Generation akan dibubarkan.
"Kami perlu mencari jalan penyelesaian terbaik untuk tiga anggota yang sudah tamat kontraknya. Namun berpecah tidak ada dalam perancangan apatah lagi mereka adalah aset bernilai kepada kami," kenyataan itu menyebut.
Sebelum ini, Girls' Generation pernah kehilangan seorang ahli, Jessica, yang ditamatkan kontrak pada 2014.
Ditubuhkan pada 2007, Girls' Generation merupakan antara artis Korea Selatan paling berjaya dengan penjualan album melebihi 4 juta unit di seluruh dunia, malah menjadi antara pelopor muzik K-Pop di Amerika Syarikat.
Madiha Abdullah
Tue Oct 10 2017
SM Entertainment dalam satu kenyataan bagaimanapun menafikan Girls' Generation akan dibubarkan. -Wikipedia
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Penghidap kanser tulang impikan telefon bimbit
Siti Zubaidah, calon SPM yang mengidap kanser tulang, bercita-cita memiliki telefon bimbit untuk merakam kenangan sebelum pergi. Petronas merealisasikan impian ini melalui program 50 Dreams.
Malaysia seru pihak terlibat supaya bertenang dan minta siasatan dijalankan terhadap isu kemanusiaan di Gaza
Malaysia seru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan menghentikan tindakan provokatif yang boleh memburukkan lagi konflik di rantau Asia Barat.
PRK Kuala Kubu Baharu bermula hari ini
PRK DUN Kuala Kubu Baharu dimulakan hari ini dengan proses penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor. Calon dari parti serta calon bebas boleh serahkan borang pencalonan mulai jam 9 pagi.
Michelle Yeoh terima penghormatan tertinggi Amerika
Michelle Yeoh akan dianugerahkan Pingat Kebebasan Presiden oleh Presiden Joe Biden pada majlis rasmi di White House pada 3 Mei depan.
PM Lee akan hadir Pemukiman Pemimpin Singapura-Indonesia di Bogor
Ini merupakan permukiman ketujuh dihadiri Lee dan Pemukiman Pemimpin terakhir dengan Joko Widodo yang lebih dikenali sebagai Jokowi.
Strok haba: Kerajaan Thailand nasihatkan kumpulan berisiko tinggi supaya tidak keluar rumah
Kanak-kanak, pesakit dan golongan tua diingatkan mengelak daripada terlibat dalam aktiviti di luar bangunan selepas strok haba meragut sekurang-kurangnya 30 nyawa di Thailand.
Konsert SMTOWN pecah rekod, raih 35.8 juta penonton
Konsert itu dianjurkan secara percuma bagi memberi sokongan kepada peminat K-pop di serata dunia.
Dolla teruja single terbaharu dapat sentuhan komposer antarabangsa
Impikan, atau Watch Me Glow dalam versi bahasa Inggeris, ditulis komposer yang banyak bekerjasama dengan BTS, Girls Generation dan EXO.
Netizen dipenjara 6 bulan kerana sebar fitnah anggota Girls' Generation, Sunny
Pihak mahkamah turut memerintahkan pesalah menjalani aktiviti masyarakat selama 80 jam atas kesalahan menyebar fitnah itu.
EXO, Girl's Generation, Twice, Seventeen batal aktiviti demi mendiang Jonghyun
Susulan kematian penyanyi kumpulan SHINee yang mengejutkan ramai peminat muzik Korea, rakan artis turut terkesan dengan pemergian Kim Jong Hyun.
Girls' Generation di ambang perpecahan?
Tiga anggota kumpulan terbabit membuat keputusan tidak menyambut kontrak dengan pengurusan SM Entertainment.
Girls Generation hampir tercedera di KLIA, peminat Malaysia mohon maaf
Kunjugan kumpulan K-Pop terkenal Girls Generation ke Malaysia untuk membuat persembahan di Formula 1 mendapat sambutan hangat.
35 selebriti popular Korea saman klinik kecantikan
Hampir 35 selebriti Korea bertindak menyaman sebuah klinik pembedahan kosmetik kerana menggunakan wajah dan nama mereka tanpa kebenaran.