awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Girls Generation hampir tercedera di KLIA, peminat Malaysia mohon maaf

Gempak
Gempak
31/03/2015
06:23 MYT
Girls Generation hampir tercedera di KLIA, peminat Malaysia mohon maaf
Ratusan peminat membanjiri Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) - Foto Astro Gempak
Kunjugan kumpulan K-Pop terkenal Girls Generation (GG) ke Malaysia untuk membuat persembahan di Formula 1 Petronas Grand Prix Malaysia 2015 telah mendapat sambutan hangat oleh para peminat mereka pada Ahad.
Ratusan peminat membanjiri Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk menyambut kedatangan artis kesayangan mereka selain merebut peluang melihat tujuh gadis cantik iaitu Taeyeon, Sunny, Sooyoung, Tiffany, Hyoyeon, Yuri dan Seohyun itu dengan lebih dekat.
Namun disebalik kegembiraan itu terdapat sedikit cerita kurang menarik tentang insiden yang berlaku melibatkan peminat dan Girls Generation.
Difahamkan oleh kerana peminat terlalu ghairah untuk bertemu idola mereka, satu kejadian tolak -menolak berlaku menyebabkan beberapa ahli kumpulan tersebut hampir tercedera.
Girls Generation
Girls Generation
Keadaan KLIA yang penuh sesak dengan kehadiran peminat Girls Generation. - Foto Astro Gempak
Girls Generation
Girls Generation
Keadaan sewaktu Girls Generation berada KLIA - Foto Astro Gempak
Menurut saksi kejadian, sewaktu insiden tersebut berlaku, Sunny yang ditolak hampir melanggar mesin ATM tetapi sempat diselamatkan oleh seorang peminat yang kebetulan berada berdekatan dengannya.
Satu lagi kejadian berlaku apabila pengawal keselamatan ditolak oleh beberapa peminat fanatik sehingga menyebabkan Taeyeon hampir terjatuh.
Tambah saksi itu lagi, Tiffany kelihatan resah dan tidak selesa dengan kejadian yang berlaku menyebabkan peminat Malaysia memohon maaf atas insiden yang berlaku menerusi akaun Instagramnya @xolovestephi.
Malah ada juga diantara peminat meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kelakuan sesetengah peminat semasa berada di KLIA dan memberikan pendapat sepatutnya Sone Malaysia perlu bersikap tenang.
Topic Berkaitan
#Formula 1 Petronas Grand Prix Malaysia 2015
#Girls Generation
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan