KUALA LUMPUR:Bakat baharu tempatan yang sedang meningkat naik, Dolla, teruja apabila single terbaharu mereka mendapat sentuhan komposer terkenal di arena antarabangsa.
Lagu berjudul Impikan, atau Watch Me Glow dalam versi bahasa Inggeris itu ditulis oleh Ludwig Lindell dan Daniel Caesar, yang cukup sinonim dengan bintang KPop seperti BTS, Girls Generation dan EXO.
"Kami bersyukur dan sangat beruntung kerana dapat bekerjasama dengan mereka.
"Kami banyak buat research sebelum menjalani proses rakaman kerana mesej lagu ini sangat kuat, memberi harapan kepada pendengar.
"Jadi kami perlu memastikan semangat itu sampai kepada mereka," kata Syasya, salah seorang anggota kumpulan itu semasa sidang media pelancaran video muzik lagu tersebut yang diadakan secara maya, pada Jumaat.
Lirik lagu itu dihasilkan oleh Luca Sickta dan Yonnyboii.
Dolla yang turut dianggotai Sabronzo, Angel dan Tabby, sejak kebelakangan ini mula mendapat perhatian masyarakat antarabangsa apabila kerap disamakan dengan sensasi antarabangsa dari Korea Selatan, Blackpink.
Malah sebuah portal K-Pop popular Allkpop, baru-baru ini memaparkan artikel tentang Dolla, sekali gus membawa perhatian peminat dari luar negara terhadap mereka.
"Terkejut juga apabila disamakan dengan Blackpink sebab bagi kami, konsep yang kami bawa berbeza.
"Tetapi kami ambil perkara itu sebagai satu perkara positif kerana Blackpink nama besar dalam industri muzik antarabangsa," kata Syasya ketika muncul dalam program Meletop beberapa minggu lepas.
Video muzik single pertama kumpulan itu, Dolla Make You Wanna, setakat ini sudah menerima lebih 2.3 juta tontonan, selepas dimuat naik Mac lalu.
Madiha Abdullah
Sat Oct 31 2020
Dolla dapat perhatian antarabangsa selepas kerap disamakan dengan bintang K-Pop, Blackpink. - Foto/Facebook/Dolla
Tiga ahli GISB didakwa eksploitasi manusia, amang seksual
Tiga ahli yang mempunyai kaitan dengan GISB dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kota Tinggi atas pertuduhan ekspolitasi dan amang seksual fizikal.
Jordan pindahkan 35 rakyatnya dari Lubnan
Pesawat terbabit tiba di Lubnan awal Sabtu dan membawa 15 tan bantuan kemanusiaan.
AWANI Ringkas: Menjelang Belanjawan 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Liga Negara-Negara UEFA: Saka, Jones dilepaskan skuad England
England mengesahkan pemain Arsenal, Bukayo Saka, dan pemain Liverpool, Curtis Jones, menarik diri menjelang pertembungan Liga Negara-Negara UEFA dengan Finland.
[TERKINI] Tempoh reman pemandu wanita langgar mati pelajar UITM dilanjutkan
Polis mendapat kebenaran Mahkamah Majistret Dungun Terengganu untuk melanjutkan tempoh tahanan reman selama dua hari lagi ke atas seorang pemandu wanita yang dipercayai merempuh motosikal sehingga menyebabkan kematian pelajar Uitm Rabu lepas.
3 ahli dikaitkan GISBH didakwa eksploitasi, amang seksual
Tiga ahli yang dikaitkan dengan GISBH dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kota Tinggi, Johor atas tuduhan eksploitasi dan amang seksual fizikal.
Warga Bangladesh cedera dalam kebakaran kilang meninggal dunia
Dua daripada tiga pekerja warga Bangladesh yang cedera dalam kebakaran di gudang di Iskandar Puteri Khamis lepas disahkan meninggal dunia.
Agong, Permaisuri berangkat ke Brunei untuk lawatan negara
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berangkat ke negara Brunei Darussalam bagi memulakan lawatan negara bermula hari ini.
Belanjawan 2025 disaran tumpu pulih sistem pendidikan
Kerajaan disaran mempertimbang beberapa inisiatif bagi memberi tumpuan dalam usaha memulihkan sistem pendidikan negara dalam Belanjawan 2025.
Menerusi satu kenyataan, Pensyarah Kanan Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan, Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Anuar Ahmad berkata antara perkara yang perlu dipertimbang ialah meningkatkan akses pendidikan awal kanak-kanak serta menambah peserta program Rancangan Makanan Tambahan (RMT).
Menerusi satu kenyataan, Pensyarah Kanan Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan, Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Anuar Ahmad berkata antara perkara yang perlu dipertimbang ialah meningkatkan akses pendidikan awal kanak-kanak serta menambah peserta program Rancangan Makanan Tambahan (RMT).
Ringgit dijangka diniagakan berhati-hati minggu depan
Ringgit dijangka diniagakan secara berhati-hati dan kekal tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan dalam persekitaran kebimbangan terhadap ekonomi China dan risiko geopolitik dan menjelang Belanjawan 2025.
'Alhamdulillah' - Teka-teki terjawab, Syasya Rizal akhirnya dedah bakal jadi ibu
Hantaran itu juga turut disertakan dengan beberapa foto yang jelas menunjukkan baby bump dan Syasya sedang tersenyum gembira bersama suami, Nasrullah Mohd Sapie.
'Nama tengah naik' - Rozie Othman akui kecewa Syasya keluar Dolla untuk berkahwin
Syasya kini masih berada di Malaysia dan akan mengotakan janji mengikut suaminya untuk ke luar negara.
Persembahan bertenaga Dolla pukau penonton di China
Aksi bertenaga mereka mendapat sambutan hangat daripada penonton di negara itu, menandakan langkah berani Dolla keluar dari zon selesa di negara ini mula menampakkan hasil.
"Selebriti bukanlah robot, kami juga..." - Dolla
Menjadi selebriti yang dikenali bukanlah sesuatu yang mudah, terutama walau dalam keadaan macam mana pun perlu memberikan yang terbaik untuk peminat-peminat yang sentiasa menyokong.
Diserang peminat, Angel Dolla perjelas hubungan dengan Nadhir Nasar
Angel dan Nadhir digosipkan bersama selepas dilihat sering berbalas komen di laman sosial.
Polis nafi dakwaan pemilik akaun Twitter Dolla dalam kejadian di Puchong
Pemilik akaun Twitter berkenaan diminta tampil bagi membantu siasatan bagi menentukan sama ada terdapat kesalahan semasa menjalankan tugas.
'Kami terlepas pandang' - Dolla tampil mohon maaf isu baju mencolok mata
Mewakili Dolla, seorang ahlinya, Sabronzo atau nama sebenar Wan Sabrina Wan Rusli berkata, apa yang berlaku adalah silap mereka.
Selepas Yuna dan Layla Sania kini giliran Dolla hiasi kota New York
EQUAL merupakan program global yang dibawakan dalam memupuk ekuiti atau mengetengahkan penglibatan artis wanita di seluruh dunia.
Dolla teruja single terbaharu dapat sentuhan komposer antarabangsa
Impikan, atau Watch Me Glow dalam versi bahasa Inggeris, ditulis komposer yang banyak bekerjasama dengan BTS, Girls Generation dan EXO.