Supermodel terkenal, Heidi Klum mengumumkan pertunangannya bersama pemuzik, Tom Kaultiz yang berusia 29 tahun.

Klum, 45, memilih malam Krismas untuk berkongsi berita gembira itu dengan memuat naik foto mereka berdua dengan wanita itu memakai sebentuk cincin berlian.

Hanya dengan kaspyen ringkas “I said yes”, perkongsian itu menerima ribuan ucapan tahniah daripada netizen.


Hubungan Klum bersama dengan gitaris Tokio Hotel dari Jerman itu mula mendapat perhatian apabila muncul secara terbuka dalam sebuah majlis gala pada Mei lalu.

Sejak itu, Klum juga sering berkongsikan momen bahagia bersama di Instagram termasuk saat Kaultiz bermain gitar bersama anak perempuan Klum iaitu Lou.


Ini akan menjadi perkahwinan ketiga buat bekas model Victoria Secret itu selepas perkahwinannya bersama penyanyi Seal yang dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata musnah.

Klum turut memiliki seorang anak perempuan, Leni yang kini berusia 14 tahun hasil hubungannya bersama bekas pemilik Renault F1, Flavio Briatore