PENCETUS Ummah, (PU) Rahmat memohon orang ramai supaya mendoakan kesihatan ibunya yang dimasukkan ke hospital akibat masalah penyakit lemah jantung.

Perkhabaran itu disampaikan menerusi kemas kini akaun Instagram (IG) miliknya dan berharap agar ibunya segera sembuh.

"Mohon doakan ibu saya yang ditahan wad CCU (Critical Care Unit) kerana degupan jantung tidak normal.

"Ya Allah, pemilik Syifa. Sembuhkanlah ibuku.

Doakan kalian saya dahulukan dengan Allah sahajalah yang mampu membalas budi baik kalian ❤️