Penyanyi terkenal Justin Timberlake, hari ini menyambut kelahiran anak lelaki sulungnya, bersama isteri pelakon Jessica Biel.

AFP melaporkan bahawa anak itu dinamakan Silas Randall Timberlake.

Majalah People melaporkan Timberlake, 34, mengatakan beliau amat teruja dengan kehadiran anggota keluarga terbarunya itu.

Ibu Timberlake turut berkongsi kegembiraan di laman Facebooknya dengan mengatakan anaknya telah memberikan keluarganya hadiah yang paling berharga di dunia.

"Silas Randall Timberlake! Ia dinamakan sempena nama bapa dan anak saya! Hidup ini indah dan kami sangat gembira! Tuhan memberkati anda semua dan terima kasih atas ucapan tahniah,” katanya.