“SAYA doakan semoga semuanya berjalan lancar mengikut tatasusila yang ditetapkan oleh negara,”.

Demikian kata Master Chef Selebriti Pertama Malaysia, Datuk Fazley Yaakob ketika diminta mengulas mengenai ibu mertuanya, Datin Seri Rosmah Mansor yang dihadapkan ke mahkamah baru-baru ini.

Kata pelakon terkenal itu, beliau menyerahkan segalanya kepada mahkamah bagi menentukan pertuduhan yang dihadapkan ke atas mertuanya itu.

BACA: "Simpati masih tetap wujud, sebagai anak dan menantu kami tetap mendoakan" - Fazley Yaakob

”Saya menghormati apa yang diputuskan oleh mahkamah, jadi saya serahkan kepada undang-undang untuk tentukan segalanya.

“Sebagai menantu dan anak kami doakan semuanya berjalan lancar mengikut tatasusila yang ditetapkan oleh negara,” katanya ketika ditemui pada program Motivasi Santai dan Sweet Table Bersama Datuk Fazley di perkarangan Hotel d’Wharf dekat sini hari ini.

Turut hadir memeriahkan program tersebut, calon PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang meluangkan masa kira-kira 30 minit bersama Fazley, sambil mencuba membuat ‘Sweet Table’ yang berkonsepkan From Paris to Rembau.

Menurut Fazley, program yang telah lama dirancang itu dilaksanakan sempena memeriahkan PRK Port Dickson.

BACA: Doa Najib buat isterinya Rosmah

Katanya, sebanyak 400 manisan disediakan untuk hadirin yang hadir memeriahkan program yang dianjurkan oleh pihaknya bersama Yayasan Aman dengan kerjasama SukaSucre Creatives.