awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
Mahkamah benar lanjutan masa tiga bulan sekat PSI guna AS$340 juta dikaitkan 1MDB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sultan Selangor adakan pertemuan dengan PM Anwar di Seri Perdana

Bernama
Bernama
24/04/2024
10:22 MYT
Sultan Selangor adakan pertemuan dengan PM Anwar di Seri Perdana
Istana Selangor menerusi hantaran di laman Facebook Selangor Royal Office memaklumkan pertemuan minum petang itu adalah sempena sambutan Aidilfitri yang masih berlangsung. - Foto FB Selangor Royal Office
SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya semalam.
Istana Selangor menerusi hantaran di laman Facebook Selangor Royal Office memaklumkan pertemuan minum petang itu adalah sempena sambutan Aidilfitri yang masih berlangsung.
"Pada pertemuan minum petang dan sempena Hari Raya Aidilfitri ini, baginda dan Datuk Seri Anwar berkesempatan bertukar-tukar pandangan mengenai isu-isu semasa," menurut catatan yang turut diiringi gambar pertemuan itu.
Anwar, yang juga Menteri Kewangan, turut berkongsi mengenai pertemuan itu menerusi hantaran di media sosial beliau.
Sambil menjunjung kasih kunjungan baginda ke Seri Perdana, Perdana Menteri berkata pada pertemuan itu, Sultan Selangor memberi pandangan serta nasihat kepada beliau mengenai rakyat dan negara.
"Menjunjung kasih Tuanku Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah ke Seri Perdana petang semalam.
"Memanfaatkan dari pandangan dan nasihat Tuanku mengenai rakyat dan negara," kata beliau dalam hantaran di laman Facebook hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sultan Selangor
#adakan pertemuan dengan Perdana Menteri
#Anwar Ibrahim
#Sultan Sharafuddin Idris Shah
#Aidilfitri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan