Setiap kali menerima undangan nyanyian bagi persembahan korporat mahupun konsert, lagu 'berhantu' bertajuk Ramalanku Benar Belaka pasti dinanti-nantikan para hadirin.
Perkara itu diakui sendiri oleh pelantun lagu tersebut iaitu Zarul Umbrella atau nama sebenarnya Zarul Husin, 44 tahun.
"Tidak sah rasanya jika menghadiri mana-mana majlis korporat dan konsert tanpa mendendangkan lagu Ramalanku Benar Belaka," ujarnya ketika dihubungi Astro AWANI.
Tambahnya, lagu itu mendapat tempat di hati peminat pada era tahun 90-an hingga kini. Malah, lagu yang mencecah usia 21 tahun itu digelar evergreen oleh peminatnya.
Penyanyi yang mendapat tempat ketiga pada Gegar Vaganza musim ketiga itu mempunyai playlist lagu tersendiri di aplikasi Raku iaitu 'Zarul’s 50 Top Tracks'.
Antara lagu lain tersenarai dalam playlist itu adalah Despacito (Luis Fonsi dan Daddy Yanke), Yakin Aku (Firman dan Ayai), Menanti Janji (Ronnie Hussien) dan Akad (Payung Teduh).
Dalam perkembangan lain, Zarul berkata, dia tidak tergopoh untuk mengeluarkan single baharu selagi tidak menepati citarasa pendengar.
Untuk menikmati lagu-lagu lain dalam playlist ini, muat turun secara percuma aplikasi Raku di App Store, Playstore atau layari www.Raku.my.
Nursyazwani Saiful Sham
Mon Nov 27 2017
Penyanyi yang mendapat tempat ketiga Gegar Vaganza musim ketiga ini mempunyai playlist lagu tersendiri di aplikasi Raku iaitu 'Zaruls 50 Top Tracks'. -Instagram - @zarulumbrella
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
Macam ada yang tak kena kalau tak nyanyi Ramalanku Benar Belaka - Zarul Umbrella
Setiap kali menerima undangan nyanyian bagi persembahan korporat mahupun konsert, lagu 'berhantu' bertajuk Ramalanku Benar Belaka pasti dinanti-nantikan para hadirin.
Hael tak sangka 'Jampi' mengena
Pendengar Raku.my seolah-olah dijampi dengan nyanyian Hael Husaini. Ini kerana lagu itu masih berada dalam playlist Carta 40 Era.
'Baby Shark' masih 'berdoo doo' dalam Carta AWANI Raku
Minggu lepas pendengar Raku masih belum move on dengan persembahan Aishah pada konsert minggu pertama GV4, minggu ini Baby Shark masih mengungguli tempat pertama Carta Awani Raku.
GV4: Pendengar Raku masih belum 'move on' dengan lagu-lagu konsert pertama
Carta Awani Raku versi Gegar Vaganza menyaksikan kesemua lagu yang berada di kedudukan teratas adalah lagu-lagu daripada persembahan di konsert mingguan pertama GV
Terus Mencintai oleh Siti Nordiana 'menggigit'!
Mendapat lebih 6.7 juta tontonan di Youtube, lagu Terus Mencintai oleh Siti Nordiana ada sejuta satu rahsia tersimpan di dalamnya.
Lima lagu 'berhantu' di Raku
Lagu ciptaan oleh penyanyi itu sendiri mendominasi lima lagu teratas yang paling didengari di Raku.my.