Bekas pegawai perubatan dari Hospital Ampang memberitahu Mahkamah Majistret Ampang di sini pada Isnin bahawa isteri penyanyi rock Awie, Rozana Misbun mengalami patah di bahagian tulang hidung dan rusuk kirinya.
Dr Siti Farah Mazalan, berkata Rozana, 37, disahkan mengalami kedua-dua kecederaan itu selepas melalui beberapa pemeriksaan x-ray di hospital itu pada 18 Jun tahun lepas.
"Daripada pemeriksaan x-ray itu, saya dapati bahagian hidung dan tulang rusuk kiri yang kesembilan pesakit (Rozana) mengalami patah," katanya ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Goh Ai Rene.
Beliau turut merujuk Rozana kepada doktor pakar hidung, telinga dan tekak dan pakar surgeri yang kemudiannya mengesahkan kedua-dua kecederaan tersebut.
BACA: Rozana akui guna wang Awie beli barang mewah
BACA: Rozana tidak sempat jual barang mewah miliknya
Dr Siti Farah, yang menamatkan perkhidmatannya di hospital itu Mei lepas, memberitahu mahkamah mengenai perkara itu berdasarkan laporan perubatan milik Rozana yang disiapkannya pada 2 Ogos 2014.
"Dalam laporan perubatan itu, saya juga mencatatkan sejarah sakit yang diberitahu oleh Rozana dan mengesahkan bahawa dia mengalami sindrom dakwaan isteri dipukul suami," jelasnya.
Laporan perubatan itu turut mengesahkan hasil daripada pemeriksaan fizikal ke atas Rozana, isteri Awie itu mengalami lebam lama berwarna kekuningan di bahagian lengan kiri, namun tiada kesan kecederaan dilaporkan di bahagian telinga kirinya.
Merujuk kepada patah di hidung dan tulang rusuk kiri Rozana, Dr Siti Farah, saksi kelima pendakwaan itu tidak menafikan kecederaan itu boleh berpunca daripada pukulan objek tumpul, hentakan kuat ke tanah, tumbukan tangan ataupun daripada tendangan kaki.
Pada 4 Julai lepas, Awie atau nama sebenarnya Mohd Azhar Othman, 47, mengaku tidak bersalah atas dakwaan dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah ke atas Rozana, di sebuah rumah di Taman Ukay Bistari, Ukay Perdana, Hulu Kelang pada 1.30 tengah hari, 2 Jun tahun lepas.
Sementara itu, ketika pemeriksaan balas oleh peguam Hazman Harun yang mewakili Awie, Dr Siti Farah berkata beliau tidak dapat memberitahu mahkamah secara jelas punca sebenar berlakunya patah di bahagian hidung dan rusuk kiri kesembilan Rozana.
Doktor itu juga tidak dapat memastikan bila berlakunya patah itu dan adakah kecederaan itu terjadi secara sengaja atau tidak sengaja.
Perbicaraan di hadapan Majistret Ayuni Izzati Sulaiman bersambung pada 30 Nov dan 1 Dis depan.
Bernama
Mon Jul 13 2015
Rozana disahkan mengalami kedua-dua kecederaan itu selepas melalui beberapa pemeriksaan x-ray di hospital itu pada 18 Jun tahun lepas.
MUDA dan PSM umum tidak bertanding
Parti Muda dan PSM umum tidak bertanding pada Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Kubu Bharu pada 11 Mei depan.
18 negara tuntut pembebasan warga ditahan Hamas
Pemimpin 18 negara menuntut agar Hamas membebaskan tahanan yang berada dalam jagaan mereka yang kini telah melepasi 200 hari.
Rampasan dadah bernilai RM10.1 juta dari Januari hingga Mac
Polis Kuala Lumpur rampas pelbagai jenis dadah bernilai RM10.1 juta sepanjang tiga bulan pertama tahun ini.
SPR lakukan persiapan akhir
SPR giat melakukan persiapan akhir bagi memastikan proses penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu esok berjalan lancar.
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City | DagangNews
Gabung 'soft' dan 'hard policy' untuk didik masyarakat tentang pemakanan sihat - Pakar
Kos sara hidup yang tinggi menjadi antara faktor kenapa masyarakat lebih memilih makanan kurang sihat kerana harganya yang lebih murah.
Kru Shenzhou-18 berjaya masuk stesen angkasa Tiangong
Kru Shenzhou-18 China berjaya memasuki stesen angkasa Tiangong selepas kapal angkasa yang dinaiki mereka bercantum dengan kombinasi stesen angkasa secara automatik pada 5.04 pagi Jumaat.
Kemas kini Windows 11 papar iklan pada menu Start, bagaimana untuk matikannya?
Microsoft memberi ruang untuk pengguna Windows 11 menyembunyikan paparan iklan berkenaan.
AWANI Ringkas: Ketelusan boleh elak pembaziran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemilik stesen minyak diminta lapor KPDN jika diancam sindiket
Beliau berkata KPDN akan merahsiakan maklumat diterima kerana sedar ada pemilik stesen minyak yang enggan membuat laporan walaupun diancam.
Awie anggap bayaran rendah untuk artis veteran satu penghinaan
Pengarah filem Rebel itu juga mengajak penggiat seni untuk mengenang kembali perjuangan para artis senior suatu ketika dahulu.
'Ini tanggungjawab besar' - Awie kini bergelar pengarah filem aksi
Biarpun idea dan cerita asal filem Rebel ini adalah cetusan daripada dirinya sendiri, Awie menyatakan jalan ceritanya langsung tiada berkaitan dengan mana-mana pihak atau pertubuhan.
Lima rockers otai bergabung bantu Al-Muqwa
Ali XPDC, Ijam Medicine, Datuk Awie, Ady Wow dan Anjang Terra Rossa bersama Iwan Syahman, Kieran dan Faizal Ismail berkongsi pentas bagi membantu pihak pengurusan mengumpul dana.
'Saya ada sahabat perlu dijaga' - Awie utama rezeki dengan Wings, korban kerjaya solo
Menurut Awie, dia kini lebih selesa untuk sama-sama mencari rezeki dengan anggota kumpulan Wings yang lain.
Beto Kusyairy kemalangan sertai konvoi
Beto Kusyairy mengalami kecederaan selepas terlibat kemalangan ketika mengikuti konvoi motosikal Solidarity Ride Free Palestine Wings Motor Gangs Society (WMGS) Asean.
Konvoi motor besar Awie redah hujan lebih 200km demi Palestin
Menurut Awie, idea untuk mengadakan program berkenaan tercetus bagi bersama-sama rakyat Palestin menyokong pembebasan tanah air mereka.
'Lupakan cerita yang belakang tu' - Kembali berbaik, Amy rancang sesuatu dengan Awie
Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, 64, memberitahu dia membuat keputusan untuk melupakan segala sengketa dan bersahabat kembali.
'Kami dah rujuk, alhamdulillah' - Amy Search dan Awie berdamai, akhiri perang dingin
Awie mendedahkan hubungan mereka menjadi dingin bertahun lamanya selepas pemergian pemain dram Search iaitu Allahyarham Yazit Ahmad pada 2019.
Demi tanggungjawab, Eddie Wings sertai persembahan sehari selepas pemergian isteri
Eddie memberitahu anaknya Bila mengikut keputusan yang dibuatnya lalu turut serta menjadi penyanyi latar Wings pada malam tersebut.
"Dah 8 tahun" - Awie syukur bakal jumpa anak-anak dengan bekas isteri Raya Haji ini
Awie menyifatkan hari raya Aidiladha ini bakal menjadi satu sambutan yang terindah buatnya kerana selepas lapan tahun akhirnya hajatnya untuk bertemu kembali dengan dua anaknya tercapai.