PEMERGIAN sutradara disegani ramai, Yasmin Ahmad ke rahmahtullah sedekad lalu merupakan sebagai satu kehilangan yang cukup besar pada industri perfileman tanah air.
Karya-karya seni Yasmin yang bersifat malar segar memberi pemahaman yang sangat jelas kepada khalayak mengenai makna sebenar kasih sayang sesama manusia.
Yasmin menerusi kerja-kerja seninya juga sentiasa mengingatkan masyarakat betapa pentingnya rasa hormat dan nilai tolenrasi dalam hidup.
Hari ini, sekiranya beliau masih hidup, Allahyarham Yasmin akan berusia 61 tahun. Namun, takdir menentukan, beliau dipanggil menyahut panggilan Ilahi pada 25 Julai 2009 sekali gus pergi membawa seluruh aspirasi dan kecintaan yang mendalam terhadap kerja-kerja seninya.
Dan daripada sebilangan besar orang-orang terdekat yang pernah hadir dalam hidup Allahyarham Yasmin, pasangan anak beranak, Fatimah Abu Bakar dan Sharifah Amani Syed Rashid merupakan orang yang paling ideal untuk diajak berbicara mengenai karyawan filem tersohor itu.
Sempena usia kelahiran ke-61 Allahyarham Yasmin hari ini, Astro AWANI mengajak Fatimah dan Amani bercerita mengenai sahabat yang pernah mereka kenali.
Bagi Fatimah, selama sedekad Yasmin dijemput bertemu PenciptaNya, tidak pernah dalam sehari beliau lupa mendoakan kesejahteraan individu yang saling tidak ubah seperti saudara kandungnya.
"Selain ayah, ibu dan keluarga saya, nama Yasmin sentiasa ada dalam doa saya. Saya menghargai persahabatan dengan beliau dan kerana itu saya mahu mengenang arwah sebagai insan yang cukup istimewa di hati saya," kata Fatimah penuh jujur.
Sepanjang bersahabat dengan Yasmin, Fatimah merumuskan Allahyarham sebagai seorang individu yang cukup istimewa dan tiada gantinya.
"Saya rindu berbual dengan arwah Yasmin. Kami sering berkongsi idea, bertukar-tukar pandangan," kata Fatimah dalam satu perbualan dengan Astro AWANI.
Memiliki jiwa yang sarat dengan kasih sayang, keperibadian Yasmin, jelas Fatiman, sukar untuk digambarkan dengan kata-kata.
Dalam kesibukan bekerja, Allahyarham Yasmin, kata Fatimah, tidak pernah mengabaikan ketaatan pada Allah dan ibu ayahnya.
"Allahyarham sentiasa meletakkan Allah dan orang tua sebagai keutamaan dalam dirinya. Sebagai sahabat Yasmin banyak memberi inspirasi kepada saya dan rakan-rakan yang pernah hadir dalam hidupnya,' ujar Fatimah lagi.
Sebagai kenalan rapat, Fatimah turut menggambarkan, Yasmin sebagai seorang pencerita yang terbaik pernah dikenalinya.
Allahyarham Yasmin, kata Fatimah, banyak menghasilkan penulisan yang sarat dengan inspirasi.
"Saya merindui tulisan Allahyarham di blog. Dia merupaka seorang pencerita yang hebat. Saya pernah cadangkan pada Orked (adik Allahyarham Yasmin) agar mengumpul semua tulisan Allahyarham di blog dan dijadikan sebuah buku, tentu sekali ramai yang mahu memilikinya," kata Fatimah mengenai hasrat yang tertangguh itu.
Kepada puteri Fatimah, Sharifah Amani pula, kualiti kerja yang menjadi amalan Yasmin akan sentiasa menjadi bekalan buat dia mengharungi cabaran dunia perfileman.
Menurut Amani, Yasmin yang dikenalinya seorang yang sentiasa bekerja keras dan tidak pernah lupa menumpahkan sepenuh kejujuran dalam setiap kerja yang diusahakannya.
"Allahyarham Yasmin tidak pernah berkira dalam apa saja yang dilakukannya. Dia sangat bermurah hati, terlalu baik dengan orang sekelilingnya.
"Yang paling penting, beliau sentiasa berserah pada Allah selepas berusaha dan berdoa. Yasmin sentiasa berkata hanya Allah sahaja yang akan mengadili kerja-kerja yang kita lakukan. Itu juga prinsip beliau dalam kerja-kerja filemnya," kata Amani berkongsi prinsip peribadi dan kerjaya Allahyarham Yasmin yang sudah dianggap seperti ibunya.
Dalam apa sahaja amanah yang dikerjakan, Allahyarham juga, jelas Amani, sentiasa memastikan ego diketepikan.
"Itulah keperibadian arwah Yasmin yang sentiasa menjadi ingatan buat saya. Semoga Allahyarham akan damai dan tenang di sisi Allah SWT," kata Amani menyambung perbualan.
Seperti ibunya, Amani juga tidak pernah lupa kemuliaan peribadi Allahyarhamn Yasmin ialah sentiasa meletakkan Allah dan ibu serta ayahnya sebagai keutamaan dalam hidup.
"Allahyarham sentiasa berpesan selain kerja keras, jangan lupa pada Allah dah ibu bapa. Itulah pesanan yang sentiasa melekat di fikiran saya," ujar Nani mengakhiri perbualan.
Dilahirkan pada 7 Januari 1958 di Muar, Johor, Yasmin merupakan seorang pengarah tersohor berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Psikologi dari Universiti Newcastle, United Kingdom.
Sepanjang bergelar sutradara, Allahyarham Yasmin telah menghasilkan banyak filem yang membanggakan negara seperti Sepet, Gubra, Mukhsin, Muallaf dan Talentime.
Beliau menghembuskan nafas terakhir pada 25 Julai 2009 selepas diserang stroke.
Saharudin Musthafa
Mon Jan 07 2019
HARI ini genap 61 tahun usia Allayarham Yasmin Ahmad. - Gambar hiasan
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Mengenang ulang tahun kelahiran ke-61 Allahyarham Yasmin Ahmad
Hari ini, sekiranya beliau masih hidup, Allahyarham Yasmin akan berusia 61 tahun.
'Pulang' pulihkan hubungan Remy Ishak dan bapa yang lama terpisah
Pelakon Remy Ishak akui hubungannya dengan bapa kembali pulih selepas melakonkan filem Pulang pada dua tahun lalu.
Sharifah Amani tolak tawaran RM1 juta kerana integriti
Pelakon Sharifah Amani mendedahkan pernah ditawarkan RM1 juta untuk menjadi duta produk pemutih kulit, namun terpaksa menolak kerana tidak mahu mementingkan diri.
Allahyarham Rehman Rashid penulis, wartawan yang disegani ramai
Allahyarham sangat mendalami dunia kewartawanan walaupun latar belakang pendidikan beliau berbeza.