PELAKON dan pengacara terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor berkongsi rasa terharu apabila diberi peluang menemani rakan baiknya, Shameela Seddek melahirkan anaknya dalam bilik bersalin.

Menerusi entri di laman Instagramnya, usahawan tudung itu menyifatkan pengalaman itu sangat bermakna dan sukar digambarkan dengan kata-kata.

"Congrats Shameela Seddek! Alhamdulillah. It was a priceless experience to be in the delivery room to witness everything. So much proud of you," tulis Neelofa.