awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bursa Malaysia alami prestasi rendah pada hari dagangan terakhir 2025
Pelancaran PlayStation 6 dijangka ditangguh selepas 2027 akibat kekurangan RAM
Meta dilapor beli Manus pada nilai lebih AS$2 bilion, perkhidmatan kekal beroperasi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kejohanan Wimbledon: Maria sertai senarai legenda selepas tewaskan Ostapenko

Astro Arena
Astro Arena
04/07/2022
06:13 MYT
Kejohanan Wimbledon: Maria sertai senarai legenda selepas tewaskan Ostapenko
Pemain Jerman berkenaan menjadi sebahagian daripada tujuh pemain wanita dalam era terbuka mara ke suku akhir satu kejohanan utama pada usia melebihi 34 tahun.- Stadium Astro
TATJANA MARIA menyertai senarai legenda tenis dunia apabila mencipta kejutan mara ke suku akhir Kejohanan Tenis Wimbledon dengan menewaskan Jelena Ostapenko malam tadi.
Maria, ibu kepada dua orang anak, kembali daripada cuti bersalin kurang setahun lalu dan bangkit daripada ketinggalan untuk menang 5-7, 7-5, 7-5 ke atas juara Terbuka Perancis 2017, Ostapenko.
Kemenangan itu memastikan pemain berusia 34 tahun berkenaan mara ke suku akhir grand slam buat kali pertama sepanjang kariernya.
Dengan kejayaan itu juga, pemain Jerman berkenaan menjadi sebahagian daripada tujuh pemain wanita dalam era terbuka mara ke suku akhir satu kejohanan utama pada usia melebihi 34 tahun. Pemain nombor 103 dunia itu kini menyertai Billie Jean King, Virginia Wade, Chris Evert, Martina Navratilova, Serena Williams dan Venus Williams.
Menantinya dalam pusingan seterusnya adalah rakan senegara, Jule Niemeier, yang menewaskan pemain Britain, Heather Watson, dalam satu lagi perlawanan.
*Artikel asal disiarkan di Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Tatjana Maria
#tenis Wmbledon
#Jelena Ostapenko
#bersalin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan