“Kita jumpa dompet Thor.”
Itulah yang diucapkan oleh Tristin Budzyn-Baker, 17, kepada ibunya ketika menjumpai dompet bintang Hollywood Chris Hemsworth di sebuah restoran di sini.
Kisah tersebut dikongsi oleh remaja berkenaan ketika dijemput ke rancangan bual bicara The Ellen Show yang turut dihadiri Hemsworth.
Menurut Hemsworth, dia tertinggal dompet tersebut di meja makan sebuah restoran.
“Saya fikir tidak mungkin saya akan dapat semula (dompet), tidak mungkin jumpa semula,” ujar pelakon kelahiran Australia itu.
Selepas dompet tersebut dijumpai, Budzyn-Baker menulis surat kepada pihak pengurusan Hemsworth untuk memberitahu perkara tersebut.
Sebagai hadiah, pihak pengurusan Hemsworth menjemputnya untuk hadir ke rancangan bual bicara kendalian Ellen DeGeneres bersama-sama dengan pelakon adiwira Thor itu sebagai tetamu.
Ketika ditemubual, DeGeneres mengumumkan hadiah AS$10,000 (RM39,000) kepada remaja berkenaan atas kejujurannya.
“Kamu orang muda yang hebat, dan terima kasih kerana menjadi seorang yang jujur,” ujar DeGeneres selepas menyampaikan hadiah.
Awal Mac lalu, video ujikaji sosial karya pengarah Malaysia Jason Lim berjudul Greed viral kerana memaparkan pelbagai reaksi masyarakat selepas melihat wang bernilai antara RM10 sehingga RM50 tercicir.
BACA: Kanak-kanak jumpa wang kertas 100,000 euro terapung di Sungai Danube
Nizam Bakeri
Thu Apr 21 2016
Budzyn-Baker bersama dengan Hemsworth dalam rancangan bual bicara The Ellen Show pada Isnin - Foto Instagram/The Ellen Show
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
6 Avengers tersenarai sebagai pelakon paling mahal, anda mungkin tak percaya siapa nombor 1!
Persoalan yang mungkin bermain di fikiran peminat kini adakah pendapatan pelakon filem aksi ini setanding dengan pelakon 'A-list' yang lain?
Selebriti dunia kongsi simpati tragedi Christchurch
Tidak ketinggalan selebriti terkemuka juga melontarkan reaksi dan belas kasihan atas kekejaman pengganas dalam tragedi yang mengejutkan itu.
Ini senarai 10 lelaki terkacak dunia
Adakah jejaka kegemaran anda dalam senarai?
'Yang dah tengok jangan post spoiler ya' - Pesan PM untuk penonton 'Avengers: Infinity War'
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di akaun Twitternya meminta orang ramai yang sudah menonton filem Avengers: Infinity War agar tidak mendedahkan spoiler di media sosial.
'Thor' dan 'Valkyrie' kembali bersatu dalam Men in Black 4?
Mereka kini semakin hampir disatukan kembali menerusiMen in Black 4 sebagai ejen melawan makhluk asing jahat berseragam hitam.
Remaja pulangkan dompet Chris Hemsworth, terima ganjaran AS$10,000
Tristin Budzyn-Baker menjumpai dompet Hemsworth yang tertinggal di sebuah restoran, ganjaran untuknya adalah wang dolar dan kemunculan di televisyen.