Adakah ketampanan seseorang lelaki itu subjektif? Barangkali juga.

Biar apa pemahaman kita mengenai ketampanan seseorang itu, ia tidak menjadi halangan kepada majalah, akhbar dan saluran televisyen di serata dunia membina senarai “Lelaki Terkacak” mereka sendiri setiap tahun.

Terbaharu, majalah portal berita atas talian Amerika Syarikat, The Gazette Review mengeluarkan senarai mereka sendiri. Berikut senarai 10 lelaki terkacak di muka bumi.

Adakah artis kegemaran anda berada dalam senarai mereka?

10. Channing Tatum

Channing Tatum

Tidak ramai yang tahu pelakon berusia 38 tahun ini sebenarnya mula muncul dalam industri hiburan dengan membintangi video muzik Ricky Martin, She Bangs pada tahun 2000. Bagaimanapun, sejak itu Tatum tidak lagi pandang ke belakang; membintangi 55 filem setakat ini. Kemunculan pertama Tatum di layar perak datang pada 2005 menerusi filem pertamanya, Coach Carter. Tetapi Tatum benar-benar menempa namanya selaku pelakon “A-List” menerusi filem Step Up yang mula memperkenalkannya kepada segmen penonton yang lebih luas pada 2006.

9. Jeon Jungkook

Jeon Jungkook

Kemunculan bintang kumpulan k-pop BTS, Jeon Jungkook dalam senarai The Gazette Review menjadi suatu pencapaian buat lelaki Asia, khasnya lelaki Asia Timur. Kebiasaannya, hanya lelaki Eropah, Amerika atau Australia yang sering mendominasi senarai sebegini. Tetapi populariti Jungkook yang semakin meningkat di seluruh dunia, digabung dengan bakatnya yang pelbagai – menyanyi, rap dan menari – menjadikan Jungkook calon yang layak duduk di tangga ke-9.

8. Zayn Malik

Zayn Malik


Peluang Zayn menembusi bidang hiburan datang pada 2010 beliau menyertai rancangan pertandingan muzik Britain, The X Factor. Daripada situlah kumpulannya, One Direction tertubuh. Tetapi sejak meninggalkan One Direction dan mula bergerak solo pada 2015, Zayn terus mengukuhkan namanya sebagai artis “A-List”. Beliau turut dikenali dengan sifat pemurah dan keaktifannya dalam bidang kebajikan.

7. Enrique Iglesias

Enrique Iglesias

Menjadi anak legenda muzik Sepanyol, Julio Iglesias bukan mudah, tetapi Enrique telah membuktikan dia layak keluar daripada bayang-bayang bapanya dan menjadi bintangnya sendiri. Enrique, yang mula mendiami muzik arus perdana sejak 2000 lagi, menjadi sejak antara bintang ‘senior’ muzik yang masih segar hingga ke hari ini.

6. Chris Hemsworth

Chris Hemsworth

Permata Australia ini paling dikenali dengan jolokan “Thor”, dan menjadi antara bintang utama francais Marvel sejak beberapa tahun lalu termasuk filem Thor (2011), The Avengers (2012), Thor: The Dark World (2013), Avengers: Age of Ultron (2015), Doctor Strange (2016), Thor: Ragnarok (2017), dan Avengers: Infinity War (2018). Hemsworth mengahwini aktres Sepanyol, Elsa Pataky pada 2010. Walaupun kerap sibuk di Hollywood kebelakangan ini, beliau dan Pataky masih lagi menetap di tanah airnya, Australia.

5. Hrithik Roshan

Hrithik Roshan

Mungkin untuk menjadi bintang mega di Bollywood lebih sukar dari tempat lain – anda bukan saja perlu pandai berlakon, tetapi perlu sedap menyanyi dan mahir menari. Tetapi ini tidak menjadi masalah kepada Hrithik Roshan yang kekal dalam senarai bintang elit Bollywood, di samping menjadi antara bintang yang menerima gaji tertinggi di negara itu. Roshan juga antara bintang Bollywood yang mempunyai patungnya sendiri di muzium Madame Tussauds Wax di London.

4. Johnny Depp

Johnny Depp

Mudah untuk kita lupa bahawa Depp sebenarnya sudah mencecah 55 tahun – beliau telah pun mendapat status “jejaka idaman” sejak awal tahun 90-an lagi! Tak kira sama ada anda anggap Depp kacak atau tidak, ramai yang tidak boleh nafikan; auranya lain daripada jejaka lain!

3. George Clooney

George Clooney

Proses penuaan kadang kala kejam kepada sesetengah lelaki, tetapi tidak kepada Clooney. Malah beliau pernah menjadi lelaki tertua dinobat sebagai lelaki paling seksi oleh majalah People pada 2006. Mula menempa nama melalui drama ER pada tahun 90-an, Clooney sering kali tidak jauh daripada sebarang senarai “lelaki kacak”. Pada 2014, selepas 21 tahun membujang, Clooney mengahwini peguam dan aktivis hak asasi manusia pada 2014. Mereka dikurniakan sepasang kembar pada 2017.

2. Barun Sobti

Barun Sobti

Bukan senang untuk bintang Bollywood mendapat tempat kedua dalam senarai lelaki terkacak dunia, lebih-lebih lagi bagi seseorang yang hanya aktif di pentas Bollywood atau Asia, dan kurang di Hollywood. Sobti juga dianggap agak baru dalam industri; mula muncul di kaca televisyen hanya pada 2009. Tetapi dengan kebangkitan pada kadar ini, siapa tahu sejauh mana Barun Sobti boleh pergi dalam pentas antarabangsa, dan berapa banyak senarai “lelaki kacak” yang beliau akan diami dalam tahun-tahun akan datang.

1. Chris Evans

Chris Evans

Ramai yang berpendapat sudah tiba masa Captain America ini diletakkan nombor satu dalam senarai lelaki terkacak dunia, akhirnya The Gazette Review menjadikannya realiti. Untuk berjaya menonjol apabila digandingkan dengan jejaka-jejaka lain seperti Chris Hemsworth dan Tom Hiddleston dalam filem yang sama, adalah satu pencapaian dengan sendirinya. Tetapi dalam apa jua stail – gaya bersih (Captain America, 2011) kepada berjanggut dan ‘rugged’ (Puncture, 2011), Evans kekal kacak bergaya. Bintang berusia 37 tahun ini juga melakukan adegan-adegan aksi dalam semua filemnya sendiri dan tidak menggunakan khidmat pelakon aksi. Selain membintangi lebih 52 filem setakat ini, Evans mengambil tugas pengarah buat kali pertama pada 2014 menerusi filem Before We Go dan membuat debut teaternya menerusi produksi Broadway, Lobby Hero tahun ini. Gandingan kesegakan dan bakat Evans cukup untuk menobatkan beliau sebagai lelaki terkacak dunia tahun ini.

Lalu, apakah ketampanan itu subjektif? Barangkali juga.

Mungkin anda tidak setuju dengan senarai The Gazette Review. Siapa yang patut ada di dalam senarai ini? Sila turunkan komen anda di bawah!