PELAKON Robert Downey Jr. berjaya godam sistem lampu Eiffel Tower di Paris untuk menyalakan lampu bertemakan warna Iron Man iaitu merah dan emas.

Namun ini semua sebahagian daripada promosi oleh pihak Marvel Entertainment sebelum tayangan filem ‘Captain America: Civil War’.

Video yang dimuat naik di YouTube menunjukkan Downey Jr. di kawasan Eiffel Tower sambil memegang peranti yang mengawal sistem lampu struktur ikonik itu.

“Team Cap... bagaimana anda akan tandingi itu? Anda akan kalah,” kata Downey Jr. pada penghujung video itu.

Sumber: YouTube/Marvel Entertainment
Filem ini mengisahkan Captain America membentuk skuad supehero kecil sendiri, yang berkerjasama dengan kawan barunya Flacon.

Konflik ini berlaku apabila perpecahan Avengers diantara Tony ‘Iron Man’ dan Captain America bertentangan antara satu sama lain dan Bucky di tengah pergolakan mereka.

Marvel Studio menampilkan pelakon hebat antaranya Chadwick Boseman sebagai Black Panther, Jeremy Renner sebagai Hawkeye, Paul Rudd sebagai Ant Man, Elizabeth Olsen sebagai Scarlett Witch, and Paul Bettany sebagai The Vision.

Filem ‘Captain America : Civil War’ bakal mula ditayangan pada 28 April 2016.