PENYAMPAI radio terkenal, Linda Onn selamat melahirkan cahaya mata sulungnya, petang Sabtu.

Berita gembira tersebut dikongsikan sendiri Linda menerusi laman Instagram miliknya disertakan bersama gambar dengan bayi comel tersebut.

"LO junior. Alhamdulillah," tulisnya yang turut mendapat ucapan tahniah dari pengikut dan rakan selebritinya.

LO junior. Alhamdulillah.

A post shared by Linda Onn (@lindaonn7) on



Sejam sebelum berkongsi gambar bersama anaknya itu, Linda yang turut dikenali dengan nama LO sempat berkongsi gambarnya sebelum bersalin.

Dengan kapsyen: "Gonna miss this moment. The moment where UZ is still in me," tulisnya isteri kepada Ungku Azhar ini.

Sementara itu, penyanyi, pelakon dan penyampai radio, Anas Ridzuan juga bergelar bapa kepada seorang putera tengah hari tadi.

Bayi seberat 3.3 kg itu dilahirkan secara pembedahan di sebuah hospital swasta di Shah Alam, Selangor.

Anas dan isterinya, yang juga artis kelahiran program Mentor, Ana Syuhada berkahwin pada 22 Oktober 2016.