awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pokok tumbang hempap landasan monorel, kereta di Jalan Sultan Ismail

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
07/05/2024
07:45 MYT
Pokok tumbang hempap landasan monorel, kereta di Jalan Sultan Ismail
Berdasarkan beberapa gambar dan video tersebar di laman sosial, lokasi kejadian adalah berhampiran sebuah hotel dan kompleks beli-belah. - Gambar/ Astro Radio Traffic/ Ranger Chuck
KUALA LUMPUR: Sebatang pokok besar di Jalan Sultan Ismail di sini, tumbang dan menghempap sebahagian landasan monorel serta beberapa kereta di kawasan itu pada petang Selasa.
Kejadian itu berlaku susulan hujan lebat dan angin kencang di kawasan berkenaan.
Berdasarkan beberapa gambar dan video tersebar di laman sosial, lokasi kejadian adalah berhampiran sebuah hotel dan kompleks beli-belah.
Video dan gambar tersebut menunjukkan beberapa kereta remuk teruk akibat dihempap pokok itu.
(7/5/2024 | 2:40PM)#kltu JALAN SULTAN ISMAIL: A fallen tree reported near Concorde KL is causing heavy traffic from Jalan Kuching. : Ranger Chuck pic.twitter.com/zEbDO2FsaR
— Astro Radio Traffic (@astrotraffic) May 7, 2024
Begitupun, pihak Astro AWANI masih menunggu kemas kini daripada pihak berkuasa terutama membabitkan operasi monorel selain sama ada ia turut melibatkan mangsa cedera.
Rapid KL dijangka mengeluarkan kenyataan rasmi dalam masa terdekat mengenai insiden yang turut menjejaskan perkhidmatan monorel itu.
Kejadian itu menyebabkan laluan kedua-dua arah di lokasi berkenaan ditutup sementara.
Orang awam yang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dinasihatkan menggunakan laluan lain kerana kesesakan turut berlaku di Jalan Kuching.
Topic Berkaitan
#Pokok tumbang
#Jalan Sultan Ismail
#monorel
#kereta rosak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan