"Vampire ke ni, muka tak tua-tua?" - Peminat puji Amy Mastura

"Vampire ke ni, muka tak tua-tua?" - Peminat puji Amy Mastura
Peminat memuji kecantikan wajah Amy Mastura yang tidak dimamah usia. - Foto Instagram/@amymasturalerr
PENYANYI Amy Mastura meraikan ulangtahun perkahwinannya ke-19 dengan suami, Alvin Tham Suffian kelmarin.

"Nak bersyukur. Itu jer," ringkas ucapan Amy namun penyanyi lagu Sha Na Na itu berjaya mencuri tumpuan ramai terutama peminat setianya.

Mana tidaknya, Amy turut memuat naik sekeping foto throwback ketika majlis perkahwinannya yang hampir memasuki usia dua dekad itu.

Dalam foto terbabit, Amy dan suami mengenakan sepersalinan baju putih serba ringkas dan turut disertakan sekeping foto terkini mereka.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 



Menariknya juga, selain mendoakan jodoh berpanjangan, peminat turut memuji kecantikan wajah Amy yang tidak dimamah usia.

Hinggakan ada yang bertanya rahsia kekal awet muda.

"Seri pengantin tak hilang-hilang," puji @nurshamiraaina.

"Happy anniversary.  Makan apa seh muka tak tua-tua," soal @penbiru.

"Amy Mastura stuck kat umur 20 tahun ke macam mana?" tulis @adawiyahadnan.

"You don't age, even a day! Are you a vampire?" tambah @anisahudi berseloroh.

Amy dan Alvin telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2000 dan dikurniakan dua cahaya mata Adriana, 18 tahun, dan Adalia, 15 tahun.


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

#Happy Mother’s Day.

A post shared by Official Amy Mastura (@amymasturalerr) on






Tag: Amy Mastura


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.