PELAKON popular Zac Efron yang terkenal menerusi filem High School Musical dan The Greatest Showman, dikatakan sedang menjalin hubungan bersama perenang Olimpik dari Denmark, Sarah Bro.

Meskipun pasangan tersebut tidak mengeluarkan sebarang kenyataan di mana-mana akaun media sosial, tetapi terdapat banyak foto memperlihatkan mereka bertemu dengan sengaja.

Menurut peminatnya, pada malam perlawanan hoki Los Angeles Kings, kedua-dua mereka telah memuat naik foto masing-masing di perlawanan itu di akaun Instagram mereka.

@lakings in overtime #freehockey

A post shared by Zac Efron (@zacefron) on



Mereka juga dilihat meluangkan masa bersama pada hujung minggu ketika berlangsungnya kejohanan UFC 235.

Ketika perlawanan berlangsung, kamera telah memaparkan di skrin pasangan tersebut duduk bersebelahan sambil ketawa dan melambai ke arah kamera.

Pasangan tersebut juga didapati tiba dan beredar dari perlawanan itu bersama-sama.

Menurut seorang penonton di situ, perlakuan pasangan tersebut sangat mesra dan sering begelak ketawa.

Apabila ramai peminat Efron datang kepadanya, Sarah kelihatan sangat sabar dan faham ketika menunggu Efron melayan peminantnya.

Sarah Bro merupakan atlet renang 4 kali 100 mewakili Denmark di Olimpik 2016.