Tutup

10 berita pilihan sepanjang hari ini

10 berita pilihan sepanjang hari ini
Ini 10 berita pilihan sepanjang hari ini di Astro AWANI.
DARI pelbagai berita yang disampaikan sepanjang hari ini (Sabtu, 21 September 2019), berikut adalah 10 berita yang menjadi pilihan pengikut Astro AWANI:

1) Pelajar Malaysia di Medan meninggal dunia

Nurul Arifah Ahmad Ali, 20, pelajar Fakulti Kedoktoran, Universiti Sumatera Utara, disahkan meninggal dunia di Rumah Sakit Umum Pusat (Hospital) H. Adam Malik, Medan.

2) Bersatu jangan bercakaran sesama sendiri, pesanan terakhir Dr Md Farid
Ahli Parlimen Tanjung Piai Datuk Wira Dr Md Farid Md Rafik sempat menyampaikan 'pesanan terakhir' kepada masyarakat setempat di Tanjung Piai, dekat sini, dalam satu acara di Pontian Jaya, pada Jumaat.

3) 'Kekayaan Melayu di Kampong Baru terbenam dalam tanah ini'
Kerajaan beri jaminan akan memberi keutamaan kepada kepentingan Melayu dan Islam, dalam soal pembangunan semula Kampong Baru.

4) China komited bantu negara ASEAN capai ekonomi mampan

China menyatakan komitmen yang tinggi untuk membantu negara-negara ASEAN untuk mengembangkan lagi ekonomi serantau melalui pasaran besar negara itu.

5) Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow nafi dakwaan tular berkenaan pemberian MyKad

Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang menafikan penularan gambar yang mengandungi maklumat palsu berhubung isu pemberian MyKad yang dikaitkan dengan Ketua Menteri, Chow Kon Yeow.

6) Dua nyaris maut, kereta terjunam di tapak pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo

Dua lelaki nyaris maut apabila kereta yang mereka naiki terbabas lalu terjunam jatuh ke kawasan tapak pembinaan jalan raya di Jalan KJD-Bintangor, berhampiran simpang Julau

7) TNB siasat kes pelajar maut direnjat elektrik

Tenaga Nasional Berhad (TNB) Negeri Kelantan akan menyiasat kes remaja maut terkena renjatan elektrik dalam kejadian di sawah padi Kampung Padang Melintang, Tawang, pagi Jumaat.

8) Zamani Slam sah bergelar suami, bawa isteri tunai umrah

Dengan sekali lafaz, vokalis kumpulan Slam, Zamani sah bergelar suami kepada wanita pilihan hatinya, Nur Juliana Abdul Rani.

9) Valentino Rossi 'lega' Presiden Yamaha Motor Racing umum tarik diri

Nama Presiden Yamaha Motor Racing, Kouichi Tsuji antara yang dipetik bakal mengundurkan diri selepas dilaporkan berlakunya rombakan dalam projek MotoGP pasukan itu.

10) Rujuk bacaan IPU oleh JAS sahaja bagi elak kekeliruan

Jabatan Alam Sekitar (JAS) menasihatkan orang ramai agar merujuk bacaan rasmi Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang dikeluarkan jabatan itu sahaja bagi mengelak sebarang kekeliruan.





Tag: berita pilihan, astro awani, 501 awani, berita dalam negara, berita luar negara



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.