MALAYSIA
10 berita pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita dari dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah 10 berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Ahad, 1 Disember 2019.
Kira-kira 77 peratus pesakit HIV/AIDS di Malaysia terdiri daripada mereka yang berumur antara 20 hingga 40 tahun yang kebanyakannya disebabkan hubungan seks tidak selamat.
Rakyat Kelantan diseru untuk melakukan solat hajat dan berdoa ketika ini agar banjir besar tidak melanda.
Tiada kemalangan jiwa berlaku dalam kejadian limpahan air bukit di Chucuh Puteri dan Sungai Pas, Kuala Krai petang tadi yang menyaksikan video tragedi berkenaan tular di media sosial.
Mayat hampir reput dengan bahagian anggota badan tidak lengkap dijumpai terdampar di pesisir pantai Kampung Pasir Putih, Marang.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh berkata menghisap rokok bertentangan dengan maqasid syariah kerana memberi kesan buruk kepada kesihatan.
Doktor atau jururawat yang tidak menjumpai saluran darah pada bayi untuk memasukkan jarum atau pengambilan darah perlu mendapatkan bantuan orang lain atau yang lebih senior.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih sedang mengkaji sama ada penggunaan rokok elektronik atau 'vape' perlu dilarang ataupun dibenarkan dengan kawalan pada masa akan datang.
Pengunjung sebuah zoo di Thailand dipelawa untuk turut serta dalam kempen memberi nama kepada seekor badak air pygmy yang baru dilahirkan.
Ibu kota Sepanyol menjadi `bidan terjun’ mengganti Santiago, Chile yang berantakan menangani protes jalanan melanda negara Amerika Selatan itu sepanjang bulan November.
Skuad wushu negara memberikan khabar gembira dari Pusat Dagangan Dunia, Manila apabila Loh Choon How membutirkan pingat emas pertama kontinjen Malaysia dalam acara taijiquan Sukan SEA Filipina pada Ahad.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami