ANTARA pelbagai berita dari dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah 10 berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Isnin, 2 Disember 2019.

1) "Apa nak jadi ni!" - Raja Permaisuri Agong terkejut kontroversi ekspo tatu

Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah tidak ketinggalan terkejut dengan laporan peragaan separuh bogel sempena Tattoo Malaysia Expo 2019.

2) 'Tun M boleh lantik Anwar jadi Menteri Tugas Khas' - Kadir Jasin

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad boleh membawa Datuk Seri Anwar Ibrahim ke dalam Kabinet sebagai Menteri Tugas Khas.

3) Jangan hangatkan isu abu Chin Peng - Anwar

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, isu abu pemimpin Parti Komunis Malaysia (PKM), mendiang Chin Peng yang dibawa masuk ke negara ini oleh sekumpulan individu baru baru ini tidak perlu dihangatkan.

4) Tidak perlu dedah secara umum aset pertahanan negara - Mohamad Sabu

Menteri Pertahanan Mohamad Sabu menegaskan bahawa Kertas Putih Pertahanan (KPP) yang dibentangkan tidak perlu memperincikan aset strategik ketenteraan negara seperti yang disuarakan oleh Ahli Parlimen pembangkang.

5) 6 kes 'Improper Payment' dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2018

Kos keseluruhan aktiviti kerajaan yang diaudit mengikut prestasi berjumlah RM35.893 bilion membabitkan Kategori Pembinaan berjumlah RM16.488 bilion, Kategori Pengurusan Dana berjumlah RM10.922 bilion dan 10 program dan aktiviti berjumlah RM8.43 bilion.

6) Anifah tak terkejut keputusan mahkamah batal kemenangan di Kimanis

Datuk Seri Anifah Aman berkata beliau tidak terkejut dengan keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan pembatalan kemenangannya di kerusi Parlimen Kimanis pada Pilihan Raya Umum ke-14 tahun lalu.

7) Rompakan di kedai emas, lima dulang barang kemas dilarikan

Satu kejadian rompak telah berlaku di kedai emas di sebuah pasar raya di Jalan Alor Mengkudu, Alor Setar pada Isnin.

8) Kanak-kanak 7 tahun maut digilis van ketika melintas

Seorang kanak-kanak lelaki berumur tujuh tahun maut digilis dalam satu kemalangan jalan raya di Kampung Sungai Buaya, Batu 3, Jalan Apas Tawau yang melibatkan sebuah van penumpang pada Ahad.

9) Video ikan yu paus 'minta tolong' nelayan, tular di media sosial

Baru-baru ini, tular di laman Facebook sebuah video yang memaparkan seekor ikan yu paus meminta 'pertolongan' sekumpulan nelayan kerana badannya tersangkut pada tali jala.

10) Kapal kargo karam, barangan Sale 11.11 lesap?

Sebuah kapal kargo dipercayai membawa muatan barangan ketika promosi Sale 11.11 karam selepas berlaku perlanggaran di perairan Minjiang.