ANTARA pelbagai berita dari dalam negara dan antarabangsa yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah 10 berita yang paling mendapat perhatian sepanjang hari ini, Sabtu, 7 Disember 2019.

1) PAU2019: 'Baru 18 bulan kita dah merempat... mana jati diri orang UMNO?'

Perwakilan UMNO Pulau Pinang menghangatkan PAU 2019 apabila membangkitkan isu wakil rakyat UMNO yang berjumpa dengan menteri tidak lama selepas BN menang Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai.

2) Kecewa Anwar langgar janji, Azmin beri bayangan tak hadir penutup Kongres

Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menepati ‘janji’, dan membuka jalan untuk perwakilan menyerang beliau serta pimpinan Muafakat Keadilan.

3) Tiga warga Malaysia maut nahas di New Zealand

Tiga rakyat Malaysia terkorban manakala dua lagi cedera parah dalam satu kemalangan di Lebuhraya Nasional 1, utara Kaikoura di New Zealand, pada Jumaat.

4) Pelajar UiTM cipta sejarah, dianugerah gelaran tertinggi dunia oleh ACCA

Pelajar program Certified Accounting Technician (CAT), Hakeem Mohammad Akmal, 18, mendapat markah penuh dalam peperiksaan program perakaunan profesional bagi sesi Julai hingga Disember 2019

5) Ayu nakal main api di bilik solat, akhirnya dipenjara enam bulan

Seorang Pegawai Imegresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) dijatuhi hukuman penjara enam bulan selepas didapati sengaja mencetus kebakaran di di tempat kerjanya di Pusat Pemeriksaan Tuas.

6) Kami malu nak pertahankan kereta terbang - Perwakilan Amanah

Perkara itu dibangkitkan oleh perwakilan Amanah Pahang, Mohd Fadzli Mohd Ramly ketika membahaskan ucapan dasar presiden di Konvensyen Nasional Amanah 2019.

7) Masa untuk berlembut sudah habis, tiada ruang untuk pengkhianat - Anwar

Sudah tiba masanya pertelagahan dan persengketaan dalam Parti Keadilan Rakyat dihentikan, kata Presidennya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

8) Bayi hampir lumpuh digoncang ayah sendiri kerana 'tak cukup jantan'

James Tipene, 33, dari New Zealand, mengaku bersalah menggoncang anaknya yang berusia lima minggu hingga tidak sedarkan diri selepas berang dikejutkan dari tidur.

9) Ratu Malaysia tergelincir! Apa jadi dengan lantai pentas Miss Universe?

Miss Universe Malaysia 2019, Shweta Sekhon tergelincir ketika menggayakan dalam acara Swim Wear pada pusingan awal Miss Universe 2019 yang berlangsung di Tyler Perry Studios, Atlanta, Georgia.

10) Selesa, selera, seronok! Ini tarikan istimewa hujung tahun di Pullman KLCC

Pullman KLCC menyambut tetamunya dengan gaya penginapan selesa dan bercitarasa kontemporari tinggi, selain menawarkan promosi menarik sempena Krismas dan tahun baharu.