ANTARA pelbagai berita dari dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah 10 berita yang paling menjadi tumpuan sepanjanhg hari ini, Isnin, 9 Disember 2019.

1) Yusoff Rawther beri keterangan lebih tujuh jam di Bukit Aman

Polis telah mengambil keterangan bekas pekerja Datuk Seri Anwar Ibrahim, Muhammad Yusoff Rawther di Ibu Pejabat Bukit Aman pada Isnin.

2) Hanya orang rasa bersalah sebut soal pemecatan - Saifuddin Nasution

Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengulas kenyataan Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin yang menyatakan kesediaan beliau dan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk dipecat.

3) 'Saya lahir di Perak bukan Singapura, sudah sudahlah meroyan!' - Farhash Wafa

Pengerusi PKR Perak Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak hari ini membidas kenyataan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali susulan ucapan berapi yang disampaikan Timbalan Presiden PKR itu pada Majlis Makan Malam Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 di ibu negara pada Ahad.

4) Pukul suami dengan tukul besi dan penyodok sampah, suri rumah didakwa

Gara-gara memukul suami dengan tukul besi dan penyodok sampah, seorang suri rumah didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, pada Isnin.

5) Jam tangan RM466,000 hadiah hari jadi buat Rosmah daripada Najib

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mendedahkan di Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau menghadiahkan seutas jam tangan berharga RM466,330.11 kepada Datin Seri Rosmah Mansor sebagai hadiah hari ulang tahun kelahiran isterinya pada bulan Disember.

6) Bayi lelaki dijangkiti polio mungkin berpunca dari pengunjung luar Sabah

Virus polio yang menjangkiti seorang bayi lelaki tiga bulan disyaki berpunca daripada pengunjung dari luar Sabah, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

7) Michelle Yeoh tiba di Kuching sempena SAREF 2019

Duta Muhibah Program Pembangunan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP), Tan Sri Michelle Yeoh tiba di Kuching, di sini sempena Forum Tenaga Lestari dan Tenaga Diperbaharui atau SAREF 2019.

8) Malaysia bukan pemenang Kostum Nasional, penganjur Miss Universe buat silap lagi

Hancur musnah! Barangkali, itulah perasaan yang mungkin boleh digambarkan selepas Malaysia diumumkan bukan sebagai pemenang kategori Kostum Nasional di acara Miss Universe 2019.

9) Tiada lagi 'kicauan' Big Bird di Sesame Street

Perkhabaran sedih apabila pelakon yang membawa watak Big Bird selama lebih 50 tahun disahkan meninggal dunia pada usia 85 tahun pada Ahad.

10) WADA haramkan lagu, bendera Rusia di kejohanan sukan antarabangsa

Badan Anti-Doping Dunia (WADA) hari ini mengharamkan bendera Rusia dikibarkan selain lagu kebangsaan negara itu dimainkan di mana-mana kejohanan sukan antarabangsa.