Tutup

10 berita pilihan sepanjang hari ini

10 berita pilihan sepanjang hari ini
10 berita pilihan sepanjang hari ini di Astro AWANI.
ANTARA pelbagai berita dari dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah 10 berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Khamis, 16 Januari 2020.

1) Kerajaan ambil keputusan tidak jual PLUS - Tun Mahathir

Kerajaan memutuskan untuk tidak akan menjual konsesi lebuh raya kendalian Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS).

2) Syed Saddiq arah pegawai henti minta surat tunjuk sebab dari pengkritiknya
Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini mengarahkan pegawainya untuk berhenti meminta surat tunjuk sebab dari beberapa Felo Perdana yang dikatakan mengkritik pentadbiran menteri itu.

3) Kami tak minta Jakim dimansuhkan - G25
Kumpulan bekas penjawat awam atau G25 hari ini menafikan mereka telah mengeluarkan saranan untuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dimansuhkan.

4) Rakaman audio: Latheefa beri kenyataan kepada polis

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Latheefa Koya telah memberi kenyataannya kepada polis berhubung pendedahan rakaman audio yang didakwa konspirasi jenayah peringkat tertinggi oleh suruhanjaya itu pada Rabu lepas.

5) 13 Mei dipilih tarikh kemuncak kempen 'Uninstall Kebencian, Reboot #MalaysiaHarmoni'

Pengerusi dan Pengarah Urusan Kumpulan Karangkraf Datuk Dr Hussamuddin Yaacub mengajak seluruh rakyat Malaysia agar bersama menjayakan kempen “Uninstall Kebencian, Reboot #MalaysiaHarmoni”.

6) Masa untuk terus menyokong Warisan - Azmin

Pakatan Harapan (PH) perlu terus memberikan sokongan kepada Parti Warisan Sabah (Warisan) dalam tempoh kempen yang berbaki lebih kurang 24 jam lagi.

7KPN sarankan perintah berkurung ESSZONE ditarik balik

Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador hari ini menyarankan agar perintah berkurung di Zon Selamat Pantai Timur Sabah (ESSZONE) ditarik balik.

8) Dentuman kuat mayat jatuh kejutkan penghuni PPR Sri Pantai

Bunyi dentuman kuat di kaki lima memeranjatkan semua penghuni dan penjaja sekitar Blok 100, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Pantai, Pantai Dalam, Bangsar petang tadi.

9) Mikhail Mishustin dilantik sebagai Perdana Menteri baharu Rusia

Presiden Rusia, Vladimir Putin pada Khamis menandatangani surat keputusan melantik Mikhail Mishustin sebagai Perdana Menteri.

10) Anak pendakwah Ahmed Deedat ditembak di kepala

Seorang aktivis warga Afrika Selatan yang juga anak kepada pendakwah antarabangsa terkenal, Sheikh Ahmed Deedat kini bertarung nyawa selepas ditembak di luar sebuah mahkamah, pada Isnin.



Tag: berita pilihan, Astro Awani, berita dalam negara, berita antarabangsa, berita luar negara



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.