MALAYSIA
10 berita pilihan sepanjang hari ini

10 berita pilihan sepanjang hari ini di Astro AWANI.
ANTARA pelbagai berita dari dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah 10 berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Ahad, 19 Januari 2020.
Sebarang kenyataan rasmi mengenai perkembangan virus influenza hanya boleh dikeluarkan oleh Ketua Pengarah (Perubatan) Kementerian Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Naib Presiden PKR Zuraida Kamaruddin mengesahkan telah menerima surat tunjuk sebab bertarikh 15 Januari lalu yang dikeluarkan kepimpinan parti.
Mayat mangsa lemas terakhir pelajar Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun di sini yang dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu ditemui petang ini.
Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan antara 50 hingga 60 kilometer (km) sejam dan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter dijangka melanda kawasan perairan Condore bermula esok sehingga Rabu.
Catuan air kepada pengguna di Kedah mungkin dilaksanakan dalam masa terdekat, kerana kemarau di negeri terbabit dijangkakan berlarutan sehingga Mac tahun ini.
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mahu rakyat Malaysia terutamanya mereka yang berada di alam pekerjaan untuk menambah ilmu berkaitan teknologi bagi menghadapi revolusi industri.
Pas Sarawak berpandangan tiada masalah bagi parti itu untuk menggunakan lambang Barisan Nasional (BN) sekiranya perlu untuk memenangi kerusi sulung di negeri itu.
Perkhidmatan aplikasi pesanan ringkas popular WhatsApp dilaporkan gagal berfungsi sekali gus menyebabkan pengguna di seluruh dunia berdepan gangguan.
Facebook Inc memohon maaf dan menyalahkan kesilapan teknikal yang menyebabkan nama Presiden China, Xi Jinping diterjemahkan sebagai 'Shithole'.
Hanya 40 saat. Itu masa yang diperlukan oleh bintang UFC, Conor McGregor untuk menumbangkan pencabarnya, Donald ‘Cowboy’ Cerrone dalam acara utama UFC 246 sebentar tadi.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami