ANTARA pelbagai berita dari dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah 10 berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Jumaat, 24 Januari 2020.

1) Jangan biarkan perkara remeh gugat keharmonian kaum - Tun M

Rakyat Malaysia tidak harus membiarkan perkara remeh menjadi penyebab mereka membenci antara satu sama lain, sebaliknya, perlu berusaha mengukuhkan lagi hubungan antara kaum di negara ini, kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

2) 'Faktor keselamatan' - alasan kerajaan Kelantan guna Mercedes-Benz

Faktor keselamatan. Itu alasan yang diberikan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dalam mempertahankan tindakan Kerajaan Negeri Kelantan menggunakan kereta jenis Mercedes-Benz sebagai kenderaan rasmi.

3) Lapan warganegara China di Johor belum disahkan negatif koronavirus - KP Kesihatan

Spesimen lapan warga China di Johor yang tiba bersama mangsa pertama koronavirus yang positif di Singapura belum disahkan keputusannya, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

4) Jangan panik! Ini beberapa langkah mengekang jangkitan koronavirus

Dunia digemparkan dengan jangkitan koronavirus yang kini dilaporkan sudah menyebabkan 25 kematian di China dengan lebih 830 kes jangkitan direkodkan setakat ini.

5) Koronavirus: Lapan warga China dikuarantin di Johor Bahru

Lapan warga China yang tiba bersama-sama seorang lelaki yang diuji positif koronavirus di Singapura telah memasuki Malaysia pada Khamis.

6) Thailand sahkan kes novel koronavirus kelima

Kementerian Kesihatan Awam Thailand hari ini mengesahkan kes kelima novel koronavirus dikesan di negara itu.

7) Johor perketat kawalan di semua pintu masuk negeri

Kerajaan negeri Johor akan memperketatkan kawalan di semua pintu masuk negeri itu khususnya di tambak Johor, terutamanya sempena musim perayaan Tahun Baharu Cina ini.

8) Tiga individu sudah disahkan dijangkiti virus Wuhan di Singapura

Jumlah individu yang disahkan dijangkiti koronavirus di Singapura sehingga hari ini, meningkat kepada tiga orang.

9) Koronavirus: Wuhan bina hospital khas, dijangka siap minggu depan

Bandar Wuhan sedang membina hospital khas dengan 1,000 kelengkapan katil bagi menempatkan mangsa novel koronavirus yang semakin mengancam nyawa penduduk.

10) Koronavirus: China catat 26 kematian

Media tempatan China, Xinhua pada Jumaat melaporkan bahawa angka kematian akibat penularan koronavirus meningkat kepada sekurang-kurangnya 26 manakala kes jangkitan meningkat kepada 830.