Situasi semasa berhubung penularan COVID-19 di Malaysia hari ini dikongsi menerusi kenyataan media Kementerian Kesihatan (KKM).

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan tersebut memaklumkan seramai 10 pesakit jangkitan COVID-19 yang telah pulih sepenuhnya direkodkan di negara ini setakat Ahad.

Berikut adalah tumpuan perkembangan semasa COVID-19, pada Ahad, 21 Jun 2020.

INI APA YANG ANDA PERLU TAHU HARI INI:

1. Sebanyak 16 kes baharu termasuk tiga kes import direkodkan sehingga pukul 12 tengah hari.

2. 10 pesakit yang telah pulih dibenarkan discaj pada 21 Jun 2020.

3. Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan di Malaysia adalah 295 kes.

4. Tiada kematian dilaporkan, kekal 121 kes.

5. 95.1 peratus daripada keseluruhan kes telah didiscaj.