awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KKM keluar kenyataan berkaitan vaksin AstraZeneca dalam masa terdekat

Bernama
Bernama
09/05/2024
07:08 MYT
KKM keluar kenyataan berkaitan vaksin AstraZeneca dalam masa terdekat
KKM akan mengeluarkan kenyataan berhubung isu penarikan balik vaksin COVID-19 keluaran gergasi biofarmaseutikal Britain-Sweden, AstraZeneca dalam masa terdekat. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengeluarkan kenyataan berhubung isu penarikan balik vaksin COVID-19 keluaran gergasi biofarmaseutikal Britain-Sweden, AstraZeneca dalam masa terdekat, kata menterinya Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
"KKM akan mengeluarkan kenyataan berkaitan AstraZeneca dalam masa terdekat, harap bersabar," katanya ringkas kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Clinical Research Malaysia (CRM) Trial Connect 2024 di sini hari ini.
Sebelum ini, Agensi Ubat Eropah (EMA) dalam kenyataan awamnya pada 27 Mac 2024 memaklumkan Suruhanjaya Eropah (EC) menarik balik kebenaran pemasaran untuk vaksin dinamakan Vaxzevria, keluaran AstraZeneca di Kesatuan Eropah (EU) pada tarikh yang sama.
Menurut EMA, penarikan balik itu adalah atas permintaan pemegang kebenaran pemasaran, AstraZeneca AB yang memberitahu suruhanjaya berkenaan tentang keputusannya untuk menghentikan pemasaran produk secara kekal atas sebab-sebab komersial.
Vaxzevria telah diberikan kebenaran pemasaran bersyarat di EU pada 29 Jan 2021, untuk imunisasi aktif terhadap COVID-19.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#AstraZeneca
#COVID-19
#Dzulkefly Ahmad
#vaksin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan