Seramai 222 majikan di Sarawak didapati gagal mematuhi perintah gaji minimum yang ditetapkan kerajaan sepanjang tahun lepas, kata Pengarah Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Sarawak, Awang Raduan Awang Omar.
Beliau berkata kesalahan itu dikesan hasil penguatkuasaan ke atas 6,346 premis pekerjaan di Sarawak, dan majikan berkenaan telah diberikan notis untuk membetulkan gaji pekerja mereka.
"(Alasan) biasanya melibatkan keuntungan atau (berniaga) di tempat terpencil di samping mereka tidak mendapat maklumat tentang perintah terbabit," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, pada Selasa.
Awang Raduan berkata pihaknya sebelum ini telah membuat hebahan meluas berhubung perintah terbabit, bukan sahaja melalui laman web tetapi juga melalui radio dalam pelbagai bahasa.
Mengulas lanjut, beliau berkata bagi tempoh antara 2015 dan 2019, JTK Sarawak telah membuka 101 kertas siasatan bagi menyiasat majikan yang gagal membayar gaji minimum, dan daripada jumlah itu, 29 kes telah dihadapkan ke mahkamah dan 24 daripadanya telah disabitkan kesalahan.
"Selain itu, sebanyak 38 kes telah ditutup kerana ia telah diselesaikan manakala 34 kes yang lain masih dalam tindakan penyiasatan," katanya sambil menambah jumlah keseluruhan denda yang dikenakan adalah sebanyak RM194,203.57.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 04 2020
Bagi tempoh antara 2015 dan 2019, JTK Sarawak telah membuka 101 kertas siasatan bagi menyiasat majikan yang gagal membayar gaji minimum.
Piala Asia B-23: Indonesia hantar Korea Selatan pulang dari Qatar 2024
Penjaga gol Garuda Muda, Ernando Ari muncul wira selepas menafikan dua sepakan penalti bagi mengakhiri cabaran Young Taegeuk Warriors.
LATAR umum penutupan sementara persimpangan Ijok, Puncak Alam
Penutupan itu untuk memberi laluan kepada kerja-kerja pemasangan rasuk jambatan bagi menyiapkan persimpangan Eco Business Park V.
Sirah Nabi Muhammad SAW akan ‘lebih hidup’ selepas ini…
Penerokaan teknologi ini yang dibuat kerajaan Arab Saudi mampu mencambah pemahaman umat Islam yang mengunjunginya.
Malaysia tidak lupa pengorbanan wira perang Australia dan New Zealand di Sandakan
Katanya, kenangan mengenai tawanan perang yang menderita ketika kejadian kawad maut yang terkenal itu terukir di Taman Peringatan Sandakan.
AWANI Pagi: Kesan kesihatan makan lewat malam
Benarkah dakwaan makan lewat malam boleh mengakibatkan masalah kesihatan dan obesiti, hingga wujud desakan kedai makan 24 jam dilarang beroperasi 24 jam? Ikuti penjelasannya bersama Prof Dr Norhasmah Sulaiman, Profesor Jabatan Pemakanan, Fakulti Perubatan dan Sains, Kesihatan Universiti Putra Malaysia.
Amnesty gesa universiti AS tarik balik tindakan keras terhadap protes Gaza
Dalam satu laporan, badan pemantau hak asasi mengutuk penindasan ke atas pelajar yang melakukan protes terhadap perang di Gaza.
Ruhainies mohon maaf kepada Bella Astillah, luah hasrat untuk bertemu
"Dengan rasa rendah hati, saya ingin mohon maaf kepada Bella Astillah atas segalanya yang telah berlaku."
Universiti perlu tapis aktiviti namun tidak sehingga ganggu keterbukaan, autonomi - Pakar
Abu Hafiz berpandangan ia perlu dilaksana bagi mengelakkan kontroversi khususnya membabitkan isu sensitif serta polisi negara.
'Man Kubur' tolak rasa malu, teruskan legasi ayah hasilkan kepok kubur
Dikman mengakui minat terhadap pembuatan kepok timbul sejak di bangku sekolah rendah lagi apabila sering membantu bapanya di bengkel.
UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.
222 majikan gagal patuhi perintah gaji minimum di Sarawak
Kesalahan itu dikesan hasil penguatkuasaan ke atas 6,346 premis pekerjaan di Sarawak, dan majikan berkenaan telah diberikan notis untuk membetulkan gaji pekerja mereka.