Sekumpulan 28 individu pada Sabtu membuat laporan polis mendakwa ditipu oleh Yayasan Amanah Niaga Kebangsaan Malaysia berhubung pelaburan wang melibatkan kerugian kira-kira RM4.7 juta.
Mereka yang mendapatkan bantuan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendakwa mula melabur pada 2016 dengan pulangan yang dijanjikan antara 20 dan 35 peratus setiap bulan.
Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan polis itu di sini, seorang mangsa, Mohd Zulkifli Ahamad, 58, berkata pada peringkat awal, dia menerima pulangan pelaburan pada setiap bulan namun bermula Februari 2017 syarikat gagal membuat bayaran secara konsisten.
Dia yang mengalami kerugian kira-kira RM300,000 juga berkata syarikat berkenaan beroperasi di seluruh negara dan didalangi oleh dua individu dengan seorang mendakwa bergelar 'Datuk Seri'.
Sementara itu, Pengerusi Biro Undang-undang PPIM Datuk Hishamuddin Hashim berkata nama syarikat yang menggunakan perkataan 'yayasan' membuatkan orang ramai tertarik dengan pelaburan berkonsepkan emas yang ditawarkan.
"Pada 20 Feb lalu, saya telah menghantar notis tuntutan meminta syarikat mengembalikan pelaburan dan juga membayar pulangan yang tertunggak, namun mereka menghantar peguam berserta satu sampel perjanjian penyelesaian yang pada pandangan saya tidak memberi sebarang jaminan mereka akan mengotakan janji itu," katanya.
Hishamuddin berkata berdasarkan siasatan PPIM, lebih 100 pelabur di seluruh negara terlibat dengan syarikat berkenaan.
"Justeru saya minta mereka yang ditipu oleh syarikat ini tampil membuat laporan polis selain menghubungi PPIM agar kita boleh satukan aduan mereka dan ambil tindakan seterusnya," katanya.
- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 21 2018
Hishamuddin berkata berdasarkan siasatan PPIM, lebih 100 pelabur di seluruh negara terlibat dengan syarikat berkenaan. - Gambar hiasan
Kemas kini Windows 11 papar iklan pada menu Start, bagaimana untuk matikannya?
Microsoft memberi ruang untuk pengguna Windows 11 menyembunyikan paparan iklan berkenaan.
AWANI Ringkas: Ketelusan boleh elak pembaziran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemilik stesen minyak diminta lapor KPDN jika diancam sindiket
Beliau berkata KPDN akan merahsiakan maklumat diterima kerana sedar ada pemilik stesen minyak yang enggan membuat laporan walaupun diancam.
Indeks harga pengeluar Malaysia naik 1.6 peratus
Indeks Harga Pengeluar Malaysia yang mengukur perubahan harga barangan di peringkat pengeluar, meningkat 1.6 peratus pada Mac 2024.
Kadar penerimagunaan 5G hampir 36 peratus, liputan 80.3 peratus - Fahmi
Kadar penerimagunaan 5G di negara ini telah mencecah hampir 36 peratus setakat pertengahan bulan ini, manakala kadar liputan perkhidmatan itu telah mencapai 80.3 peratus pada Februari lepas.
Kontroversi UM: Mahasiswa tuntut penjelasan atau boikot kuliah
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan dan akan memboikot kuliah pengajian jika tiada reaksi dari pihak pentadbiran UM.
Lima anggota polis disyaki samun berdepan tindakan dalaman
Lima anggota polis antara tujuh individu yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes samun warga asing membabitkan wang tunai berjumlah RM260,000, berdepan tindakan dalaman antaranya pertukaran jabatan.
JKDM beli 20 anjing pengesan dadah libat kos RM1.9 juta
JKDM dalam proses perolehan 20 ekor anjing pengesan dadah serta tiga unit mesin pengimbas 'backscatter' dalam usaha perangi dadah.
Sultan Selangor berangkat ke majlis bacaan yasin, tahlil di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut.
MOT, Khazanah, MAG perlu perkukuh tadbir urus MAB - PM Anwar
Jelas Anwar lagi, pengurusan syarikat penerbangan yang baik juga akan memberi manfaat kepada kakitangan melalui gaji yang setimpal dengan perkhidmatan mereka.
Pelabur dakwa ditipu pelaburan emas, rugi lebih RM5 juta
Seorang ahli perniagaan wanita mendakwa menjadi mangsa penipuan pelaburan emas membabitkan kerugian lebih RM5 juta termasuk pelaburan daripada 300 pelabur lain.
Dua wanita rugi lebih RM1 juta terpedaya pelaburan tidak wujud
Dua wanita mendakwa kerugian lebih RM1 juta selepas terpedaya dengan pelaburan tidak wujud yang menawarkan keuntungan tinggi oleh sebuah syarikat pelaburan.
Peniaga nasi lemak didakwa tipu pelaburan emas
Dia berhadapan 25 pertuduhan penipuan berkaitan pelaburan emas melibatkan kerugian RM161,073, antara September hingga Januari lepas.
Tipu pelaburan emas: Pembantu perawatan kesihatan mengaku tidak bersalah
Nurfatin Natasha Abdullah, 28, membuat pengakuan itu ketika pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan hakim.
Usahawan muda harus berani libatkan diri dalam sektor perniagaan seperti pelaburan emas
Usahawan muda harus berani melibatkan diri dalam sektor perniagaan baharu seperti pelaburan emas, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Tan Sri Noh Omar.
i-Sinar: Lebih separuh golongan T20 guna beli saham dan emas
Menurut kajian dilakukan Pusat Penyelidikan Undian UCSI, kebanyakan mereka yang berbuat demikian adalah mereka dalam kategori umur 40 hingga 55 tahun.
Guna semua simpanan ibu, labur skim emas tidak wujud diperkenal rakan lelaki
Tindakan mangsa yang berusia 23 tahun itu akhirnya menyebabkan mereka berputih-mata selepas menyedari ditipu lelaki berkenaan.
Tukang masak lesap lebih RM43,000 ditipu pelaburan emas
Seorang tukang masak di sebuah pusat peranginan terkenal kerugian RM43,500 selepas diperdaya untuk menyertai pelaburan emas yang tidak wujud.
28 mangsa pelaburan emas buat laporan polis
Mangsa mendakwa ditipu oleh Yayasan Amanah Niaga Kebangsaan Malaysia berhubung pelaburan wang melibatkan kerugian kira-kira RM4.7 juta.
Genneva Malaysia: Mahkamah perintah Bank Negara fail pernyataan pembelaan
Saman yang difailkan 1,065 pelabur emas terhadap syarikat pelaburan emas terbabit bagi menuntut ganti rugi lebih RM146 juta.