awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Najib sedar akaun bank, guna untuk pengeluaran cek - Saksi
'Kedegilan' pemimpin enggan berundur cetus krisis kepercayaan parti - Syed Ali
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Usahawan muda harus berani libatkan diri dalam sektor perniagaan seperti pelaburan emas

Bernama
Bernama
10/02/2022
20:20 MYT
Usahawan muda harus berani libatkan diri dalam sektor perniagaan seperti pelaburan emas
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Tan Sri Noh Omar berucap pada Majlis Perasmian Emas Jenama Omar dan Hana oleh Tamu Gold. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Usahawan muda harus berani melibatkan diri dalam sektor perniagaan baharu seperti pelaburan emas, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Tan Sri Noh Omar.
Beliau berkata Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi amat menggalakkan golongan itu melibatkan diri dalam perniagaan emas kerana ia tidak merugikan.
"Kadar keuntungan sekurang-kurangnya lima peratus ...Ini sebenarnya satu peluang yang harus dicuba oleh golongan usahawan muda," katanya kepada media selepas melancarkan emas jenama Omar dan Hana oleh Tamu Gold di sini pada Khamis.
Jenama itu merupakan hasil kerjasama antara Tamu Gold dan syarikat animasi tempatan Digital Durian dalam mengeluarkan produk berkualiti berteraskan simpanan serta pelaburan bertemakan siri animasi kekeluargaan terkenal tanah air.
Omar dan Hana, yang merupakan hasil karya Digital Durian, dipilih sebagai tema utama produk pelaburan emas Tamu Gold dalam menonjolkan sifat-sifat budaya ketimuran Keluarga Malaysia yang sentiasa bersopan-santun, saling menghormati dan mempunyai adab yang tinggi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#usahawan muda
#pelaburan emas
#Sektor Perniagaan
#Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi
#Noh Omar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan