Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia Bhd dan AirAsia X Bhd memfailkan tuntutan RM479.78 juta terhadap Malaysia Airports (Sepang) Sdn Bhd (MASSB) berikutan kecuaian di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2).
Writ tuntutan itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di sini pada 2 Oktober 2019.
"(Tuntutan itu bagi) kerugian dan kerosakan disebabkan kecuaian oleh sebahagian MASSB, pekerjanya dan/atau ejennya dalam pengurusan, pengoperasian, penyenggaraan dan/atau penyediaan perkhidmatan dan kemudahan lapangan terbang di KLIA2," menurut AirAsia Group dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini.
Dalam kenyataan berasingan, kumpulan itu berkata sebelum itu AirAsia dan AirAsia X telah memohon mediasi daripada Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) mengenai kemelut mereka dengan MASSB, berdasarkan Seksyen 74 hingga 78 Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia.
Bagaimanapun, Mavcom enggan untuk menjadi pengantara dan usaha seterusnya oleh AirAsia bagi mendapatkan semakan penghakiman ke atas ketiadaan tindakan Mavcom itu telah ditolak.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia Riad Asmat dan CEO AirAsia X Benyamin Ismail berkata pihak mereka terpaksa mengambil langkah undang-undang berkenaan setelah berusaha menyelesaikan isu itu secara baik dan melalui saluran yang betul.
"Kami terpaksa memfailkan tuntutan ini kerana kami tidak mempunyai cara yang lain untuk melindungi kepentingan kami.
"Pertikaian ini bermula apabila Malaysia Airports telah memfailkan saman sivil terhadap kami bagi Caj Perkhidmatan Penumpang (PSC) selepas menolak tawaran mediasi kami," kata mereka.
AirAsia dan AirAsia X sentiasa terbuka untuk menyelesaikan sebarang isu dengan rakan perniagaan mereka secara konstruktif dan masih merasakan bahawa Malaysia Airports tidak sepatutnya memfailkan saman berkenaan, kata mereka.
Saham AirAsia di Bursa Malaysia susut dua sen kepada RM1.68 ketika ditutup hari ini selepas 11.29 juta saham bertukar tangan manakala Malaysia Airports Holdings Bhd (syarikat induk MASSB) meningkat empat sen kepada RM8.70 selepas 1.10 juta saham diniagakan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 04 2019
Pihak AirAsia terpaksa mengambil langkah undang-undang berkenaan setelah berusaha menyelesaikan isu itu secara baik dan melalui saluran yang betul. - Gambar hiasan
Pasangan warga emas redah 200 km demi PRK Kuala Kubu Baharu
Abdul Rahim Bidin dan Noraini Mansor bergerak selepas subuh dan selesai membuang undi di SJKC Khing Ming sekitar jam 8.30 pagi.
Buletin AWANI Khas: Kuala Kubu Baharu memilih
Muhammad Khairi, Normawaty dinobat qari dan qariah Melaka 2024
Normawaty sama sekali tidak menyangka memenangi pertandingan pada tahun ini selepas lima kali menyertai program tilawah itu sejak 2008.
Op Gegar: 39 individu termasuk 29 GRO warga asing ditahan
Penahanan dilakukan selepas pemeriksaan dijalankan terhadap 82 individu dalam Op Gegar bermula 11 malam tadi hingga 2 pagi tadi.
Tangguh ke Thailand jika tiada urusan penting - Polis Kelantan
Beliau berkata, jika tidak mempunyai pilihan mereka yang ingin ke negara berkenaan diingatkan agar sentiasa berhati-hati.
Wanita Malaysia buat hal di Jepun, parkir kereta ikut suka hati
Menerusi perkongsian foto pengguna X, tindakan wanita berkenaan telah menimbulkan kemarahan warga negara matahari terbit itu.
KKB Memilih: Hari penentuan siapa pilihan pengundi (setakat jam 8:40 pagi)
Wartawan Hasimi Muhamad melaporkan perkembangan terkini proses pengundian pilihan raya kecil Kuala Kubu Baharu.
Lelaki ditahan seleweng lebih 13,000 liter diesel bersubsidi
Tangkapan dilakukan pada Khamis hasil operasi dijalankan KPDN Cawangan Manjung pada jam 12.50 tengah hari.
Liga Super: Solat hajat untuk Akhyar, Faisal sebelum TFC jumpa Perak FC
Majlis doa selamat dan solat hajat akan diadakan di pekarangan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus pada jam 7.30 malam.
Banjir kilat, pokok tumbang jejas 10 mangsa di Taiping
APM Daerah Taiping menerima panggilan kecemasan dari Penghulu Mukim Trong berhubung insiden yang berlaku sekitar jam 6.15 petang itu.
AirAsia terus sokong inisiatif FLYsiswa, permohonan baucar kini dibuka
Pelajar kini punya akses ke 47 laluan di seluruh rangkaian domestik AirAsia, menghubungkan Semenanjung ke Sabah, Sarawak dan Labuan.
AirAsia yakin mampu harungi pergerakan mata wang tidak menggalakkan, kenaikan harga bahan api
AirAsia yakin mampu tangani kenaikan harga bahan api dan pergerakan mata wang tidak menggalakkan yang berpanjangan, yang terus meningkatkan cabaran global.
Segmen penerbangan Capital A catat 90 peratus faktor muatan, 15.4 juta penumpang pada suku pertama 2024
Prestasi kukuh itu adalah selari dengan fokus strategik AirAsia untuk mengembangkan kapasiti dan membina semula rangkaiannya.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Gunung Ruang meletus: Beberapa penerbangan AirAsia kembali beroperasi
AirAsia turut menyediakan pilihan kepada penumpang yang terjejas akibat penerbangan yang terpaksa dibatalkan.
Letusan Gunung Ruang: Malaysia Airlines, AirAsia batal penerbangan Kuala Lumpur ke Sabah, Sarawak
Malaysia Airlines umum pembatalan 11 penerbangan Sabah dan Kuala Lumpur serta lapan penerbangan laluan Sarawak dan Kuala Lumpur dibatalkan.
Pembatalan penerbangan: AirAsia sedia pilihan kepada penumpang
Bo Lingam berkata penumpang yang ingin melakukan perubahan tempahan secara dalam talian boleh berbuat demikian di airasia.com atau AirAsia MOVE.
AirAsia tawar menu nasi lemak dua kali saiz
Santan memperkenalkan Nasi Lemak Pak Nasser Terpaling Istimewa (Double Special), hidangan ikonik yang kini bersaiz dua kali ganda berbanding asal.
Trafik penumpang udara diunjur berkembang 2% menjelang akhir 2024 - MIDF
Tinjauan menunjukkan bahawa faktor muatan selepas wabak adalah setanding dengan, jika tidak lebih tinggi daripada, tahap prapandemik.
Aidilfitri: AirAsia tawar lebih 22,000 tempat duduk tambang tetap ke Sabah, Sarawak
AirAsia menawarkan lebih 22,000 tempat duduk pada tambang rendah tetap untuk penerbangan lewat malam sempena sambutan Hari Raya antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak.