Amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama dijangka melanda perairan Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan bermula Jumaat sehingga Ahad ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia pada Selasa, angin kencang timur/timur laut dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka berlaku di perairan Kudat, Pantai Barat dan Pedalaman, Sabah dan Labuan.

"Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut," menurut kenyataan itu.

Keadaan ini juga bahaya kepada perkapalan di kawasan perairan Sulu, Palawan, Reef North, Layang-Layang, Labuan dan Condore.