Parti Keadilan Rakyat (PKR) yakin kehadiran semula Anggota Parlimen Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Parlimen mampu membantu mengangkat kembali negara menjadi 'Harimau Asia'.
Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata kemenangan dengan majoriti besar Anwar dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen itu pada 13 Okt lepas, adalah bukti yang menunjukkan rakyat mahu terus memberi sokongan padu kepada Pakatan Harapan (PH) mentadbir negara.
"Walaupun masyarakat majmuk pelbagai agama dan budaya, mereka terus berikan sokongan padu (kepada Anwar dan PH) kerana masa depan negara terletak di tangan kita untuk pikul tugas dengan jujur dan bertanggungjawab.
"Kehadiran Anwar (ke Parlimen) satu dorongan kepada saya dan pimpinan untuk bergerak secara kolektif dan membingkai muafakat untuk mengangkat balik Malaysia sebagai Harimau Asia," katanya dalam ucaptama di pentas Pidato Malaysia Baharu di sini, malam tadi.
Turut memberi ucaptama di pentas tersebut adalah Anwar selaku Ketua Umum PKR, serta Menteri Besar Selangor Amirudin Shari dengan dihadiri hampir 500 anggota PKR Selangor.
Mohamed Azmin yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi, berkata kehadirannya ke Putrajaya selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lepas, terpaksa menempuh cabaran besar apabila 'kantung' negara kosong dan diburukkan dengan hutang yang mencecah RM1 trilion.
Namun, katanya ia cabaran perlu ditangani, dan pimpinan PKR berikrar menggalas tugas dengan jujur serta amanah supaya dunia melihat bahawa parti berkenaan mampu mentadbir negara dan mengurus ekonomi dengan bertanggungjawab untuk menjadikan Malaysia sebuah negara lebih dihormati.
Beliau yang juga Pengerusi PKR Selangor secara berseloroh turut menzahirkan rasa 'cemburunya' terhadap kerajaan negeri itu berikutan kejayaan pentadbiran negeri sehingga mampu berkongsi kekayaan dengan rakyat sedangkan pihaknya bertungkus lumus untuk mengurus kewangan negara.
"Kehadiran Datuk Seri Anwar ke Selangor dapat beri semangat baharu, nasihat dan bimbingan kepada kerajaan negeri mempertahankan kecemerlangan ekonominya, seterusnya menyuburkan semangat antara negeri dan persekutuan.
"Bagi pihak rakan-rakan dan anggota PKR, saya merakamkan penghargaan kepada Datuk Seri Anwar. Bantulah kami, bimbinglah kami, sayangi kami dan InsyaAllah perpaduan dan ukhwah kami dengan Datuk Seri Anwar tidak akan putus dulu, kini dan selamanya," kata Mohamed Azmin.
Sementara itu, Amirudin dalam ucaptamanya berkata Selangor turut menjadi asas penting perjuangan reformasi dalam memastikan kemenangan PH pada PRU14, 9 Mei lepas.
"Ia merangkumi pentadbiran sejak 10 tahun lalu dan memasuki penggal ketiga ketika ini dengan pelbagai program serta inisiatif kepada rakyat.
"Asas reformasi sudah dibuat sejak sekian lama dan terus kukuh sehingga kini walaupun Selangor pernah dianggap hanya kerajaan populis semata-semata sebelum ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 18 2018
Anwar ketika hadir sempena Pidato Malaysia Baharu di Dewan Raja Muda Musa Seksyen 7 Shah Alam, 18 Okt. Turut kelihatan, Mohamed Azmin, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin dan Amirudin. -- fotoBERNAMA
AWANI Ringkas: Pertembungan PKR, PN, PRM & Bebas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Asia B-23: Empat senario Indonesia buru tiket Olimpik Paris
Indonesia kini boleh bermimpi untuk beraksi di pentas Sukan Olimpik Paris tahun ini kerana mereka sekurang-kurangnya telah dijamin aksi playoff menentang Guinea.
KPJ Healthcare, Trustr bergabung untuk revolusi penjagaan kesihatan
Kolaborasi itu akan memfokuskan kepada memanfaatkan rangkaian kesihatan digital inovatif Trustr yang dipacu teknologi AI.
UMT bakal miliki rumah alumni bernilai RM2.2 juta
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) merancang memiliki rumah alumni sebagai pusat sehenti, bagi memperkukuh jaringan kerjasama dengan bekas pelajar, industri dan universiti.
Piala Thomas: Pengalaman Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal ditandingi beregu Hong Kong
Hanya 26 minit sahaja diperlukan bekas juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk memastikan Malaysia meraih mata kedua dalam saingan Piala Thomas pagi tadi.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia berjaya meraih kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu 21-18, 21-18 dalam perlawanan Kumpulan D pagi tadi.
Filem Oppa beri kesedaran jenayah love scam
Filem kesedaran mengenai jenayah LOVE scam bertajuk 'Oppa' bakal menemui anda pada 9 May ini dengan membawa mesej tentang penipuan dalam talian yang seringkali menyasarkan golongan wanita.
[INFOGRAFIK] Calon Perpaduan | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perpaduan bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
[INFOGRAFIK] Calon Perikatan Nasional | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perikatan Nasional bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
Pertandingan empat penjuru N.06 Kuala Kubu Baharu
Untuk perkembangan lanjut berkaitan Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu kita bersama rakan setugas, Firdaus Azil.
Pihak dikaitkan dalam laporan berkaitan lesen kasino perlu ambil tindakan - PM Anwar
Laporan yang memetik satu sumber itu berkata perbincangan mengenai pemberian lesen itu masih di peringkat awal.
Tiada kasino akan beroperasi di Johor - Onn Hafiz
Onn Hafiz berkata khabar angin yang tular itu berunsur sabotaj dan berniat jahat untuk mencemar imej Forest City dan Johor secara keseluruhannya.
MOT, Khazanah, MAG perlu perkukuh tadbir urus MAB - PM Anwar
Jelas Anwar lagi, pengurusan syarikat penerbangan yang baik juga akan memberi manfaat kepada kakitangan melalui gaji yang setimpal dengan perkhidmatan mereka.
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Terdapat keperluan tambah bilangan wanita isi jawatan KSU, KP - PM Anwar
Anwar berkata jumlah pimpinan wanita sedia ada tidak mencerminkan jumlah keseluruhan 42 peratus golongan itu yang terlibat sebagai pembuat keputusan dalam perkhidmatan awam ketika ini.
PM nafi kerajaan beri lesen kasino di Forest City
Perdana Menteri menafikan laporan yang mendakwa kerajaan akan mengeluarkan lesen untuk pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaan - PM Anwar
Beliau berkata, usaha tersebut diharap dapat menjadi motivasi buat penjawat awam untuk meningkatkan produktiviti, dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Sultan Selangor adakan pertemuan dengan PM Anwar di Seri Perdana
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.
Agong berkenan meriahkan Majlis Sulaman Kasih Aidilfitri Kementerian Perpaduan
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan memeriahkan Majlis Sulaman Kasih Aidifitri Kementerian Perpaduan Negara.
PM Anwar meriahkan sambutan ulang tahun ke-15 UKAS
Perdana Menteri menyantuni Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) di bawah Jabatan Perdana Menteri, yang menyambut ulang tahun ke-15 mereka.