Misteri nasib pesawat penerbangan MH370 yang hilang sejak lebih 500 hari lalu kini hampir pasti terungkai selepas serpihan pesawat yang ditemui di Lautan Hindi disahkan sebagai bahagian daripada sebuah pesawat jenis Boeing 777.
Serpihan yang ditemui itu sudah dikirimkan ke Perancis untuk siasatan. Pasukan penyiasat Malaysia juga sudah berada di Perancis untuk membantu siasatan penemuan terbaru ini.
Seorang Profesor Sains Keselamatan di Universiti Embry- Riddle Aeronautical, Bill Wadock memberi penjelasan mengenai bagaimana serpihan pesawat yang ditemui di Pulau Reunion itu akan disiasat untuk membuktikan jika ia milik pesawat MH370.
Dalam satu temu ramah bersama ABC news, Waldock berkata langkah pertama yang mungkin diambil oleh pakar penyiasat ialah membersih serpihan pesawat tersebut sebelum memeriksa permukaannya.
Permukaan flaperon berkenaan akan diteliti dengan kaca pembesar, sebelum menjalani pemeriksaan ultrasound.
“Mereka akan mencari retakan kecil di permukaan, yang boleh mendedahkan sudut impak, pesawat tersebut,” kata Waldock.
Pemeriksaan ultrasound boleh menunjukkan "kadar pemisahan sayap berkenaan dari pesawat tersebut,"kata profesor itu kepada ABC News.
Berdasarkan gambar-gambar flaperon itu, sesetengah pakar percaya pesawat berkenaan mungkin terjunam ke dalam laut dengan kadar kelajuan yang rendah, dengan sayapnya menunjuk ke bawah.
Walau bagaimanapun, terdapat juga kemungkinan bahawa ia terjunam secara menegak pada kelajuan yang tinggi.
Menurutnya, serpihan pesawat itu boleh memberi gambaran kepada penyiasat tentang apa yang terjadi kepada pesawat berkenaan.
Namun begitu, ia tetap tidak dapat menjelaskan bagaimana dan mengapa kemalangan itu berlaku.
Malah, pakar penyiasat juga akan memeriksa jika ada kehidupan laut ataupun rumput laut yang melekat pada sayap pesawat berkenaan yang merentasi Lautan Hindi.
Ada kebarangkalian hidupan yang melekat pada bahagian serpihan itu boleh membantu pakar penyiasat menganggarkan lokasi kemalangan, yang mungkin beribu-ribu batu jauh dari kawasan sayap pesawat itu terdampar.
"Jika penyelidik membuktikan flaperon itu adalah milik pesawat MH370, ia mengesahkan pesawat itu terhempas dan tidak mungkin ada penumpang yang terselamat,” Waldock berkata.
"Ia adalah bukti bahawa pesawat berkenaan terhempas, itu kepentingannya."
Kohilah Sekaran
Mon Aug 03 2015
Seorang Profesor Sains Keselamatan di California, Bill Wadock memberi penjelasan mengenai bagaimana serpihan pesawat yang ditemui itu akan disiasat untuk membuktikan jika ia milik MH370.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
10 Berita Pilihan - (26 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
MOT, Khazanah, MAG perlu perkukuh tadbir urus MAB - PM Anwar
Jelas Anwar lagi, pengurusan syarikat penerbangan yang baik juga akan memberi manfaat kepada kakitangan melalui gaji yang setimpal dengan perkhidmatan mereka.
Kekacauan di Asia Barat perlukan pengendali lapangan terbang proaktif tangani perubahan penerbangan - Pakar
Penutupan ruang udara dilihat akan menjejaskan sebahagian trafik penumpang, terutamanya untuk destinasi yang terletak di Iran.
Malaysia Airlines sambung semula penerbangan laluan Sabah, Sarawak, Labuan
Malaysia Airlines telah menyambung semula penerbangan ke dan dari Sabah, Sarawak dan Labuan secara berperingkat sejak petang semalam (18 April) susulan keadaan semasa cuaca.
Letusan Gunung Ruang: Malaysia Airlines, AirAsia batal penerbangan Kuala Lumpur ke Sabah, Sarawak
Malaysia Airlines umum pembatalan 11 penerbangan Sabah dan Kuala Lumpur serta lapan penerbangan laluan Sarawak dan Kuala Lumpur dibatalkan.
MAS ubah laluan penerbangan, elak ruang udara Iran dan ketegangan di Asia Barat
Malaysia Airlines (MAS) akan mengubah laluan penerbangan antara Kuala Lumpur dan London untuk mengelak ruang udara Iran berikutan ketegangan yang semakin memuncak di Asia Barat.
Malaysia Airlines jalin kerjasama dengan Man Utd sebagai rakan penerbangan komersial rasmi
MAS dalam usaha penting untuk meningkatkan jangkauan global, memeterai perkongsian strategik berbilang tahun dengan kelab bola sepak Manchester United (Man Utd).
Malaysia Airlines, Google bekerjasama pacu pelancongan
Malaysia Airlines dan Google bekerjasama untuk memacu peningkatan Malaysia sebagai destinasi pelancongan peringkat teratas.
Tourism Malaysia promosi produk 'niche' di OTM 2024
Tourism Malaysia mempromosikan beberapa produk khusus atau "niche" pada pameran pelancongan terbesar India, Outbound Travel Mart (OTM) 2024 yang berlangsung di Mumbai bermula 8 Feb hingga esok.
Malaysia Airlines perkenal MHrail, tawar peluang teroka Seoul, London
Ia turut mengumumkan pengembangan kerjasama dengan AccesRail, pembekal terkemuka dunia bagi rumusan antara kereta api udara.
Malaysia Airlines tambah penerbangan semasa Tahun Baharu Cina
Malaysia Airlines menambah jadual penerbangannya berikutan permintaan perjalanan yang meningkat semasa Tahun Baharu Cina dan cuti sekolah akan datang bermula Februari hingga Mac 2024.