awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MAS ubah laluan penerbangan, elak ruang udara Iran dan ketegangan di Asia Barat

Bernama
Bernama
13/04/2024
15:09 MYT
MAS ubah laluan penerbangan, elak ruang udara Iran dan ketegangan di Asia Barat
Malaysia Airlines (MAS) akan mengubah laluan penerbangan antara Kuala Lumpur dan London untuk mengelak ruang udara Iran berikutan ketegangan yang semakin memuncak di Asia Barat. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines (MAS) akan mengubah laluan penerbangan antara Kuala Lumpur dan London untuk mengelak ruang udara Iran berikutan ketegangan yang semakin memuncak di Asia Barat.
"Kami mengubah haluan dan mengelak ruang udara Iran," kata syarikat penerbangan nasional itu kepada Bernama.
MAS, Air India, Qantas Australia serta syarikat penerbangan Jerman, Lufthansa adalah antara syarikat penerbangan pertama yang mengubah laluan penerbangan buat sementara waktu kerana bimbang Iran akan menyerang Israel.
German Press Agency (dpa) melaporkan bahawa Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden berkata pada Jumaat, beliau berasakan Iran akan melancarkan serangan terhadap Israel 'lebih cepat daripada jangkaan'.
Biden bagaimanapun enggan menghuraikan perisikan rahsia Washington mengenai rancangan Tehran, lapor agensi itu.
Ancaman Iran terhadap Israel semakin meningkat berikutan serangan udara ke atas perkarangan kedutaan Iran di Syria pada 1 April lepas yang mengorbankan beberapa jeneral tentera.
Terdapat laporan bahawa Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) telah merampas sebuah kapal kontena yang berkaitan dengan Israel di kawasan teluk.
Bagi AirAsia, tiada satu pun laluan semasanya menggunakan ruang udara Iran.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Malaysia Airlines
#ubah laluan
#Kuala Lumpur
#London
#Iran
#Asia Barat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan