Wisma Putra telah mengambil tindakan proaktif bagi meminimakan sebarang isu yang mungkin timbul, susulan pendedahan rakaman dipercayai perbualan antara bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Putera Mahkota Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Mohammed Zayed Al-Nahyan.
Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, antara tindakan yang ‘lazimnya’ diambil adalah bagi Duta atau Pesuruhjaya Tinggi Malaysia mengadakan pertemuan dengan Kementerian Luar negara yang terbabit.
Dalam kes itu, jelasnya lagi, pihak Kedutaan Malaysia di Abu Dhabi akan bertemu dengan wakil Kementerian Luar UAE sekiranya pihak berkenaan mahu mendapatkan penjelasan lanjut mengenai isu itu.
“Kami di Kementerian Luar telah mengambil tindakan yang lazim, (iaitu) apabila ada isu berlaku, ada cara kami untuk menghubungi mereka atau tindakan yang berkaitan bagi menjelaskan keadaan,” kata Saifuddin.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) antara Wisma Putra dan Universiti Teknologi Mara (UiTM), di sini hari ini.
Dalam siri pendedahan rakaman perbualan yang didedahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Rabu, Najib didakwa menghubungi Sheikh Mohamed bagi mendapatkan bantuan berhubung dana pembiayaan filem anak tirinya, Riza Aziz.
Ditanya sama ada pendedahan itu berkemungkinan menjejaskan hubungan diplomatik antara dua negara, Saifuddin berkata, buat masa kini beliau tidak boleh mengulas lanjut.
Katanya, kemungkinan besar rakaman berkenaan boleh dijadikan sebagai bahan bukti di mahkamah dan sebarang komen lanjut Wisma Putra boleh menyebabkan kementerian berada dalam keadaan yang janggal.
Firdaus Azil
Thu Jan 09 2020
Menurut Saifuddin, antara tindakan yang lazimnya diambil adalah bagi Duta atau Pesuruhjaya Tinggi Malaysia mengadakan pertemuan dengan Kementerian Luar negara yang terbabit. - Gambar Astro AWANI/ SHAHIR OMAR
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
Perdana Menteri tiba di Mekah untuk ibadah umrah
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman selamat tiba di Jeddah pada jam 5.31 petang waktu tempatan untuk lawatan rasmi ke Arab Saudi.
Audio rakaman Najib dan Putera UAE: Wisma Putra sedia beri penjelasan
Wisma Putra ambil tindakan proaktif bagi meminimakan sebarang isu yang mungkin timbul susulan pendedahan rakaman audio oleh SPRM.
Wanita Muslim belanja lebih RM335 bilion semasa melancong
Laporan 'CrescentRating Muslim Women in Travel 2019' menunjukkan wanita Islam membentuk 45 peratus daripada pelawat Muslim di peringkat global.
Imej Jacinda Ardern berselendang dipancar di Burj Khalifah
Bangunan ikonik di Dubai, Burj Khalifah memancarkan imej Ardern pada Jumaat dalam usaha murninya menegaskan betapa pentingnya keamanan dunia.
Kembara 10 negara berjaya atas kata sepakat peserta
Perasaan risau dan khuatir tidak dapat dinafikan dalam kalangan lapan peserta Kembara Inspirasi Haji yang melakukan perjalanan sejauh 16,000 kilometer ke tanah suci pertengahan tahun ini.
Mimpi ngeri menanti penjaga gol negara
Selepas dibelasah 10 gol September lalu ketika pertemuan pertama aksi kumpulan A berdepan Emiriah Arab Bersatu (UAE), tugas sukar menanti penjaga gawang skuad negara bagi mengelak kejadiaan sama berul
UAE setuju labur RM39 bilion di Malaysia
Perjanjian itu dicapai selepas rundingan bilateral diadakan yang dilihat dapat memberi manfaat kepada kedua-dua negara.