awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keselamatan pelancongan perlu jadi keutamaan negara menjelang TM2026 - Lee
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
PKR balas kenyataan Hadi: Pengampunan Najib dan Anwar berbeza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Audio rakaman Najib dan Putera UAE: Wisma Putra sedia beri penjelasan

Firdaus Azil
Firdaus Azil
09/01/2020
08:25 MYT
Audio rakaman Najib dan Putera UAE: Wisma Putra sedia beri penjelasan
Menurut Saifuddin, antara tindakan yang lazimnya diambil adalah bagi Duta atau Pesuruhjaya Tinggi Malaysia mengadakan pertemuan dengan Kementerian Luar negara yang terbabit. - Gambar Astro AWANI/ SHAHIR OMAR
Wisma Putra telah mengambil tindakan proaktif bagi meminimakan sebarang isu yang mungkin timbul, susulan pendedahan rakaman dipercayai perbualan antara bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Putera Mahkota Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Mohammed Zayed Al-Nahyan.
Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, antara tindakan yang ‘lazimnya’ diambil adalah bagi Duta atau Pesuruhjaya Tinggi Malaysia mengadakan pertemuan dengan Kementerian Luar negara yang terbabit.
Dalam kes itu, jelasnya lagi, pihak Kedutaan Malaysia di Abu Dhabi akan bertemu dengan wakil Kementerian Luar UAE sekiranya pihak berkenaan mahu mendapatkan penjelasan lanjut mengenai isu itu.
“Kami di Kementerian Luar telah mengambil tindakan yang lazim, (iaitu) apabila ada isu berlaku, ada cara kami untuk menghubungi mereka atau tindakan yang berkaitan bagi menjelaskan keadaan,” kata Saifuddin.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) antara Wisma Putra dan Universiti Teknologi Mara (UiTM), di sini hari ini.
Dalam siri pendedahan rakaman perbualan yang didedahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Rabu, Najib didakwa menghubungi Sheikh Mohamed bagi mendapatkan bantuan berhubung dana pembiayaan filem anak tirinya, Riza Aziz.
Ditanya sama ada pendedahan itu berkemungkinan menjejaskan hubungan diplomatik antara dua negara, Saifuddin berkata, buat masa kini beliau tidak boleh mengulas lanjut.
Katanya, kemungkinan besar rakaman berkenaan boleh dijadikan sebagai bahan bukti di mahkamah dan sebarang komen lanjut Wisma Putra boleh menyebabkan kementerian berada dalam keadaan yang janggal.
Topic Berkaitan
#Emiriyah Arab Bersatu
#hubungan diplomatik
#Najib Razak
#pendedahan rakaman audio
#Putera Mahkota
#Sheikh Mohammed Zayed Al-Nahyan
#tindakan proaktif
#UAE
#Wisma Putra
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan