Tiada bukti saintifik membuktikan wujudnya kesan sampingan apabila menggunakan alat pengesan suhu yang disasarkan ke dahi.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sekiranya bacaan dilakukan pada bahagian lain badan seperti di tangan, dibimbangi ketepatan bacaan akan berkurang.
“Ketepatan adalah apabila disasarkan di dahi. Kesan sampingan memang tidak dilaporkan walaupun ada kebimbangan tapi tiada laporan, tiada bukti saintifik kata boleh menyebabkan penyakit lain dan sebagainya.
“Menggunakan di tempat lain, ketepatan bacaan suhu adalah diragui. Kita tak nasihatkan orang untuk guna di tangan dan sebagainya, untuk dapatkan ketepatan bacaan suhu, kita kena guna pada dahi,” katanya dalam sidang media di sini pada Khamis.
BACA: Kluster Sivagangga dibimbangi berkemungkinan 'super-spreader' - Dr Noor Hisham
Baru-baru ini tular dalam media sosial mendakwa penggunaan alat pengimbas suhu yang disasarkan ke dahi boleh memberi kesan sampingan kepada orang awam.
Susulan itu, ramai orang mula mengimbas suhu di anggota badan yang lain dan antara yang popular adalah di pergelangan tangan atau di nadi mereka.
Dalam pada itu, Malaysia merekodkan lima kes baharu positif COVID-19 setakat jam 12 tengah hari pada Khamis.
Dalam sidang media sama, Dr Noor Hisham berkata, daripada jumlah kes dicatatkan, 10 daripadanya merupakan kes penularan tempatan manakala selebihnya adalah kes import.
Tambah beliau, daripada lapan kes penularan tempatan melibatkan warganegara, enam daripadanya datang daripada Kluster Sivagangga di Kedah.
Manakala dua lagi kes adalah dari Sabah dan Negeri Sembilan.
Ridauddin Daud
Thu Aug 06 2020
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sekiranya bacaan dilakukan pada bahagian lain badan seperti di tangan, dibimbangi ketepatan bacaan akan berkurang. - Gambar Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
Polis tahan guru disyaki liwat tiga pelajar
Tiga pelajar tahfiz dipercayai menjadi mangsa seks luar tabii apabila didakwa diliwat seorang guru agama dari pusat tahfiz berkenaan sejak dua tahun lalu.
Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor di KKB langgar Akta - Bersih
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang akan dianjurkan di Pekan Kuala Kubu Bharu Sabtu ini, boleh bercanggah dengan banyak peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Elak bergantung pada sumber lain, kukuhkan literasi kewangan
Menurut Pengarah Pusat Penyelidikan Keselamatan Sosial, Universiti Malaya, Prof. Datuk Dr Norma Mansor, pendidikan literasi kewangan dalam kalangan masyarakat juga perlu ditingkatkan agar rakyat Malaysia lebih peka terhadap keperluan merancang kewangan mereka.
Teroka pasaran baharu, tingkat perdagangan serantau
Selain lebih banyak perjanjian perdagangan bebas (FTA), beliau turut melihat perdagangan dalam kalangan ASEAN juga wajar diberi penekanan yang lebih lagi.
Pasaran: FBM KLCI naik 14% sejak awal tahun ini
Ketua Strategi, MIDF Research, Syed Muhammed Kifni Syed Kamaruddin berkata beberapa pengumuman serta kemas kini projek semasa telah memberi kecenderungan positif kepada pasaran ketika ini.
Imbas suhu pada dahi, bukan tangan - Uggah
Pengusaha kedai makan dan restoran digesa supaya terus mengawal dan mengetatkan SOP.
Bacaan lebih tepat jika 'tembak' pengimbas suhu ke dahi
Tiada bukti saintifik membuktikan wujudnya kesan sampingan apabila menggunakan alat pengesan suhu yang disasarkan ke dahi.