KUALA LUMPUR:Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan cadangan menaikkan kadar bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada RM1,000 sebulan berbanding RM200 hingga RM300 sekarang, dilaksanakan segera.
Beliau berkata, sebagai kerajaan yang prihatin, beliau akan memastikan golongan itu mempunyai hak dan peluang sama rata untuk menjalani kehidupan seperti anggota masyarakat yang lain.
"Mengambil kira keadaan ekonomi serta kos sara hidup semasa, saya telah mengusulkan agar bantuan bulanan JKM yang pada masa ini berjumlah antara RM200 dan RM300 kepada mereka yang layak dinaikkan ke RM1,000.
"Pastinya golongan Orang Kurang Upaya (OKU) juga termasuk dalam kumpulan masyarakat yang akan mendapat faedah daripada kenaikan itu. Saya akan pastikan cadangan ini dapat dilaksanakan segera. Insya-Allah," katanya dalam hantaran di laman Facebooknya bersempena Hari OKU Sedunia hari ini.
Pada Ogos lepas, Muhyiddin dilapor mengusulkan kenaikan bantuan bulanan tersebut dan usaha membantu golongan itu termasuk B40 merupakan aspirasi kerajaan Perikatan Nasional di bawah pimpinannya.
Muhyiddin berkata golongan OKU adalah sebahagian daripada masyarakat yang sentiasa dekat dan diberi perhatian olehnya dan juga kerajaan.
"Saya sendiri telah beberapa kali turun menemui golongan ini sebagaimana ketika kunjungan saya ke Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Rejang di Setapak serta PPR Taman Sri Keramat, Putatan, Sabah sebelum ini," jelasnya.
Beliau berkata, kerajaan melalui Kementarian Kewangan juga telah mengumumkan beberapa inisiatif yang boleh membantu golongan tersebut ketika membentangkan Belanjawan 2021 baru-baru ini, antaranya menaikkan bantuan bulanan OKU tidak berupaya bekerja daripada RM250 kepada RM300, kadar elaun pekerja OKU RM400 kepada RM450 serta bantuan penjagaan OKU daripada RM350 kepada RM500.
Muhyiddin berkata, mengikut rekod JKM, bilangan OKU berdaftar di Malaysia setakat ini ialah 581,265 orang dan beliau berharap kempen mendaftarkan golongan tersebut dipergiatkan lagi bagi memastikan tiada yang tercicir dan tidak diberikan perhatian.
"Perkara ini sangat penting untuk menjamin golongan ini tidak terlepas daripada menerima bantuan kerajaan, terutamanya ketika situasi sukar penularan pandemik COVID-19.
"Saya doakan semoga golongan OKU diberikan tempat sebaiknya dalam kalangan masyarakat, seterusnya dapat sama-sama berperanan dalam pembangunan negara. Selamat Hari OKU Sedunia 2020," katanya.
- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 03 2020
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan akan pastikan golongan OKU mempunyai hak dan peluang sama rata untuk menjalani kehidupan seperti anggota masyarakat yang lain. - Gambar fail
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Penghidap kanser tulang impikan telefon bimbit
Siti Zubaidah, calon SPM yang mengidap kanser tulang, bercita-cita memiliki telefon bimbit untuk merakam kenangan sebelum pergi. Petronas merealisasikan impian ini melalui program 50 Dreams.
Malaysia seru pihak terlibat supaya bertenang dan minta siasatan dijalankan terhadap isu kemanusiaan di Gaza
Malaysia seru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan menghentikan tindakan provokatif yang boleh memburukkan lagi konflik di rantau Asia Barat.
PRK Kuala Kubu Baharu bermula hari ini
PRK DUN Kuala Kubu Baharu dimulakan hari ini dengan proses penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor. Calon dari parti serta calon bebas boleh serahkan borang pencalonan mulai jam 9 pagi.
Michelle Yeoh terima penghormatan tertinggi Amerika
Michelle Yeoh akan dianugerahkan Pingat Kebebasan Presiden oleh Presiden Joe Biden pada majlis rasmi di White House pada 3 Mei depan.
PM Lee akan hadir Pemukiman Pemimpin Singapura-Indonesia di Bogor
Ini merupakan permukiman ketujuh dihadiri Lee dan Pemukiman Pemimpin terakhir dengan Joko Widodo yang lebih dikenali sebagai Jokowi.
Bayaran bantuan bulanan JKM bagi Mei 2022 diawalkan sempena Aidilfitri - KPWKM
Bayaran bantuan bulanan itu dipercepatkan sempena perayaan Aidilfitri yang akan disambut tidak lama lagi.
Bantuan bulanan JKM RM1,000 akan dilaksanakan segera - Perdana Menteri
Tan Sri Muhyiddin Yassin beri jaminan cadangan menaikkan kadar bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat kepada RM1,000 sebulan berbanding RM200 hingga RM300 sekarang.
MTUC harap Kabinet lulus usul naikkan bantuan JKM kepada RM1,000
MTUC sambut baik cadangan Perdana Menteri agar bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat dinaikkan kepada RM1,000.
Bantuan bulanan kepada nelayan diteruskan - Salahuddin
Tun Dr Mahathir Mohamad didapati merujuk kepada pemberian insentif sekali sahaja (one-off cash incentives) ketika pentadbiran BN.
Johor bakal muncul pengeluar lembu daging terbesar negara
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Salahuddin Ayub berkata beliau akan mengemukakan cadangan berkenaan kepada Kabinet bagi mendapatkan kelulusan segera.
PM Najib sampaikan bantuan bulanan RM10.2 juta kepada 2,795 penerima di Temerloh
Pada majlis yang berlangsung di Masjid Baharu Daerah Temerloh, penerima terdiri daripada 1,229 warga emas, kanak-kanak (608), pekerja cacat anggota (508) dan orang kurang upaya (OKU) (447).