Johor bakal muncul sebagai pengeluar lembu daging terbesar negara menerusi penternakan lembu yang dicadangkan di Muar, Segamat dan Pagoh.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Salahuddin Ayub berkata beliau akan mengemukakan cadangan berkenaan kepada Kabinet bagi mendapatkan kelulusan segera.
"Saya telah membuat kenyataan berhubung National Feedlot Corporation (NFC) sebelum ini. Satu kertas cadangan ke kabinet akan saya bawa untuk teruskan projek ini yang objektifnya sangat baik untuk membekalkan 30 peratus keperluan daging tempatan.
"Insya-Allah, sekiranya projek ini diluluskan Kabinet dengan peruntukan diberikan, Johor akan menjadi hab penternakan lembu daging yang saya rasa terbesar dalam negara kita," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Datuk Osman Sapian di Pejabat Menteri Besar di Kota Iskandar, pada Ahad.
Salahuddin berkata dalam perbincangan terbabit, beliau meminta Osman untuk meneliti semula status tanah di Muar, Segamat dan Pagoh, yang sebelum ini dikatakan ladang untuk ternakan lembu bagi syarikat NFC, bagi menjayakan projek penternakan berkenaan.
Beliau berkata kertas kerja projek penternakan tersebut akan disediakan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri Johor Dr Sahruddin Jamal termasuk meneliti keluasan tanah yang terlibat.
Salahuddin memberi jaminan bahawa projek penternakan itu akan dilakukan dengan penuh tanggungjawab, telus dan dipantau oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bagi memastikan matlamatnya tercapai.
"Ramai usahawan muda yang akan terlibat dan kita akan pilih operator. Kita akan pilih usahawan yang berminat dan memang berhasrat mahu jadi penternak berjaya.
"Mungkin nama (NFC) sahaja kita akan tukar, kita jenamakan semula," katanya dan memberitahu kerja awalan projek itu akan dilakukan segera bergantung kelulusan Kabinet dalam tempoh dua minggu ini.
Dalam perkembangan lain, Salahuddin yang juga Anggota Parlimen Pulai berkata beliau tidak mempunyai masalah untuk meneruskan pemberian elaun sara hidup nelayan yang dilaksanakan kerajaan sebelum ini.
"Sara hidup nelayan kecil yang mendapat bantuan bulanan daripada kerajaan, ada bantuan bulanan pusat dan tambahan dari negeri. Saya dengar Menteri Besar juga ada minta Exco semak perkara itu.
"Sekiranya ia ada dalam manifesto kami, jadi, tiada masalah untuk kita teruskan kos sara hidup ini," katanya.
--BERNAMA
Bernama
Sun May 27 2018

Salahuddin memberi jaminan bahawa projek penternakan itu akan dilakukan dengan penuh tanggungjawab, telus dan dipantau oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bagi memastikan matlamatnya tercapai. Gambar fail

V-SAT bantu penduduk pedalaman Sabah berhubung dengan dunia luar
Penyediaan perkhidmatan teknologi satelit Very Small Aperture Terminal, V-SAT yang dilaksanakan kerajaan amat dinantikan penduduk di kawasan pedalaman Sabah.

Jiwa Murni | Kementerian Pertahanan peruntuk RM10 juta untuk Projek Jiwa Murni
Kementerian Pertahanan memperuntukkan RM10 juta untuk membina dan membaik pulih kemudahan awam termasuk membina 50 unit rumah di seluruh negara melalui Projek Jiwa Murni Tentera Darat Malaysia, kata Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Sumbangan | Wanita mohon sumbangan mesin oksigen
Seorang wanita yang menghidap pelbagai penyakit kronik serta tidak mampu berjalan rayu sumbangan mesin oksigen. Sahdiya Jubail, 39, memiliki masalah pernafasan yang teruk, sakit buah pinggang, kencing manis dan jantung.

Seludup Ketum | Lima lelaki warga Thailand ditahan
Lima lelaki warga Thailand ditahan ketika cuba menyeludup keluar 355.5 tan daun ketum ke Thailand. Cubaan itu berjaya dipatahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di satu laluan tikus di Padang Terap, pada 9.30 malam Sabtu.

Lawatan PM | Pintu Kaabah dibuka untuk Perdana Menteri
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin yassin diberi penghormatan untuk memasuki Kaabah ketika menunaikan ibadah Umrah. Pintu Kaabah dibuka untuk Muhyiddin bersama isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman serta beberapa tetamu lain.

PAS | Muktamar PAS diadakan selepas PRU-15
Datuk Seri Takiyuddin Hassan memaklumkan PAS akan tangguhkan Muktamarnya yang ke 67. Jelas beliau penangguhan muktamar termasuk pemilihan diputuskan bagi memberi tumpuan kepada perihal pilihan raya.

PAS | Komited satukan parti Melayu Islam
PAS akan terus pujuk UMNO untuk kekal kerjasama dengan BERSATU. Kata Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, parti itu masih mahu meneruskan komitmen yang dipersetujui sebelum ini.

AWANI Ringkas: Tiada hukuman jika enggan disuntik vaksin

8 kesalahan ketika menggunakan 'air fryer' yang ramai tak tahu
Sama seperti perkakasan dapur yang lain, penggunaan yang betul boleh memanjangkan hayat fungsinya dan memberi hasil masakan yang terbaik.

Kesalingbergantungan antara politik dan ekonomi
Situasi ini cukup memperlihatkan bahawa majoriti dua pertiga amat perlu bagi menjamin kestabilan politik negara

Bantuan bulanan JKM RM1,000 akan dilaksanakan segera - Perdana Menteri
Tan Sri Muhyiddin Yassin beri jaminan cadangan menaikkan kadar bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat kepada RM1,000 sebulan berbanding RM200 hingga RM300 sekarang.

MTUC harap Kabinet lulus usul naikkan bantuan JKM kepada RM1,000
MTUC sambut baik cadangan Perdana Menteri agar bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat dinaikkan kepada RM1,000.

Bantuan bulanan kepada nelayan diteruskan - Salahuddin
Tun Dr Mahathir Mohamad didapati merujuk kepada pemberian insentif sekali sahaja (one-off cash incentives) ketika pentadbiran BN.

Johor bakal muncul pengeluar lembu daging terbesar negara
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Salahuddin Ayub berkata beliau akan mengemukakan cadangan berkenaan kepada Kabinet bagi mendapatkan kelulusan segera.

PM Najib sampaikan bantuan bulanan RM10.2 juta kepada 2,795 penerima di Temerloh
Pada majlis yang berlangsung di Masjid Baharu Daerah Temerloh, penerima terdiri daripada 1,229 warga emas, kanak-kanak (608), pekerja cacat anggota (508) dan orang kurang upaya (OKU) (447).

53,880 asnaf terima bantuan Aidilfitri MAIWP
Sejumlah 53,880 penerima skim Bantuan Bulanan Baitulmal menikmati bantuan Aidilfitri sebanyak RM500.