Beberapa kawasan di Johor Bahru mula dinaiki air berikutan hujan lebat sejak pukul 3 petang.

Antara lokasi yang terlibat adalah Kampung Hajah Hasnah, Kampung Bendahara, Kampung Mohd Amin dan Jalan Kijang.

Menurut kenyataan Angkatan Pertahanan Awam (APM) Negeri Johor, berlaku juga kejadian tanah runtuh berdekatan lokasi pusat penjagaan warga emas, Rumah Sri Kenangan Johor Bahru, namun situasinya tidak serius.

Keadaan di Rumah Seri Kenangan Johor Bahru yang dinaiki air. - Astro AWANI

Setakat ini, difahamkan tiada pusat pemindahan dibuka.

Pihak APM juga membuat pemantauan berterusan di kawasan yang mudah dinaiki air, selain memantau peningkatan paras air Sungai Tebrau.

Sementara itu di media sosial, warga tempatan turut berkongsi laporan mengenai kesan selepas hujan lebat tersebut: