Gara-gara membeli alat seks kemaluan wanita dengan menggunakan wang palsu, seorang anggota tentera dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini.
Tertuduh Tengku Mohammad Zakaria Raja Ghazali, 29 tahun yang juga merupakan bapa kepada seorang anak, bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah sejurus kertas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Norma Ismail.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menggunakan dua keping wang palsu RM50 untuk pembelian peralatan seks yang mana dalam pengetahuannya wang tersebut adalah palsu.
Kesalahan itu dilakukan ketika berada di Stesen Minyak Petronas Sungai Udang, Melaka pada 8 Februari 2018 lalu.
Justeru, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 489b Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksima 20 tahun dan boleh dikenakan denda.
Terdahulu, prosiding yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Shazreen Nadia Saaban mencadangkan jaminan sebanyak RM15,000 diberikan terhadap tertuduh.
Tengku Mohammad Zakaria yang diwakili peguam Ishak Kari bagaimanapun merayu jumlah jaminan itu dikurangkan dengan alasan tertuduh mempunyai seorang isteri serta seorang anak yang masih kecil.
Katanya, tertuduh juga menetap di kuarters tentera dan tiada sebab untuk melarikan diri.
Norma pada penghakimannya kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 9 April depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Raffi Bachik
Wed Mar 07 2018
Tertuduh didakwa menggunakan dua keping wang palsu RM50 untuk pembelian peralatan seks yang mana dalam pengetahuannya wang tersebut adalah palsu. - Astro AWANI
Anak syarikat SPNB berdepan tindakan penggulungan
Syarikat Wiradani Development Sdn Bhd telah menyerahkan notis untuk menggulung SPNB Aspirasi pada 3 Mei tahun lepas.
Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April.
'Inflasi diunjur meningkat suku kedua kesan pelarasan cukai perkhidmatan, rasionalisasi subsidi'
Momentum inflasi diunjur meningkat pada suku kedua tahun ini kesan daripada pelarasan cukai perkhidmatan serta rasionalisasi subsidi bahan api.
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Beli kemaluan palsu guna duit palsu
Gara-gara membeli alat seks kemaluan wanita dengan menggunakan wang palsu, seorang anggota tentera dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini.