MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Jumaat, 3 Julai 2020.
Malaysia mencatatkan lima kes baharu COVID-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di negara ini adalah sebanyak 8,648 kes.
Malaysia terus mencatatkan perkembangan yang baik dalam usaha membendung penularan pandemik COVID-19 dengan kes baharu kekal pada angka satu digit.
Syarikat penerbangan tambah murah, AirAsia kini mengeluarkan garis panduan baharu berkenaan jenis bagasi yang dibenarkan untuk dibawa masuk ke dalam kabin.
Harga petrol RON95 dan RON97 masing-masing turun 4 sen bermula 12 tengah malam nanti (4 Julai 2020).
Ini menjadikan harga RON95 yang sebelum ini berharga RM1.69 seliter, akan menurun kepada RM1.65 seliter.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini hadir ke pejabat beberapa pemimpin kerajaan Pulau Pinang termasuk Timbalan Ketua Menteri II, Prof Dr P Ramasamy di Tingkat 52, Komtar, di sini.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelajar warga asing yang berada di negara ini hanya dibenarkan menunaikan solat Jumaat di masijd dalam kampus universiti masing-masing.
Persidangan Dewan Rakyat yang dijadual berlangsung pada 13 Julai depan akan dilaksanakan dalam keadaan kebiasaan baharu, dan walaupun terdapat sedikit kelonggaran diberikan, namun, ia perlu mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan.
Kerajaan tidak pernah menghalang warga emas dan kanak-kanak keluar ke tempat awam termasuk majlis kenduri dan pusat beli-belah.
Malaysia, Thailand, Singapura dan Vietnam merupakan antara negara-negara Asia Pasifik yang dibenarkan kembali atau melawat United Kingdom tanpa perlu menjalani proses kuarantin 14 hari.
Meskipun panggung wayang kini dibenarkan kembali beroperasi namun tidak mustahil ia ditutup sekiranya berlaku pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) atau muncul kluster baru di lokasi tersebut.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami