Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Khamis, 16 Julai 2020.

1) COVID-19: Tiga kes baharu, dua penularan tempatan

Terdapat penambahan tiga kes positif COVID-19 direkodkan di negara ini pada Khamis, menjadikan jumlah kumulatif kes positif sebanyak 8,737 kes.

2) COVID-19: Kluster Mambong dikenal pasti, dua kes positif

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan terdapat satu kluster baharu dikesan di sebuah syarikat di Mambong, Sarawak.

3) Platform dagangan Bursa Malaysia digantung akibat gangguan teknikal

Platform perdagangan Bursa Malaysia mengalami gangguan seketika pada pukul 3.30 petang pada Khamis akibat masalah teknikal.

4) Mahkamah Tinggi batal tuntutan saman terhadap Najib, Rosmah dan Abdul Azeez

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membatalkan tuntutan saman difailkan oleh Pengarah Carpet Raya Sdn Bhd, J R Deepak Jaikishan, terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dan Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

5) Bayi perempuan ditemui dibuang dalam tong sampah

Seorang bayi perempuan yang masih hidup dijumpai di dalam tong sampah di Pasar Kampung Teluk Ketapang, Kuala Nerus malam Rabu.

6) Campak bayi dari tingkat 13: Ibu muda didakwa membunuh

Remaja perempuan yang dipercayai mencampakkan bayi baru dilahirkannya dari tingkat 13 sebuah pangsapuri di sini, didakwa atas pertuduhan membunuh pada Khamis.

7) Masing cadang PRU dan PRN Sarawak diadakan serentak

Perihal mengenai Pilihan Raya Negeri ke 12 (PRN-12) Sarawak akan menjadi intipati utama perbincangan Gabungan Parti Sarawak (GPS) bersama Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam lawatannya akan datang.

8) 13 kes PUI di Miri dikenal pasti sebagai pesakit SARI dan ILI

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak pada Khamis mengesahkan 13 kes individu dalam siasatan (PUI) yang dilaporkan di Miri sebagai kes pesakit 'severe acute respiratory infection' (SARI) dan 'influenza-like illness (ILI)

9) Dagangan Bursa Malaysia digantung mungkin ada kaitan dengan sekatan Top Glove

Penganalisis ekonomi berpandangan penggantungan dagangan Bursa Malaysia disebabkan beberapa faktor termasuk prestasi Top Glove susulan sekatan terhadap anak syarikat pengeluar sarung tangan getah terbesar dunia itu.

10) Bekas CEO 1MDB nafi bertemu Jho Low, rancang seleweng wang 1MDB

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mendengar bahawa beberapa pertemuan telah diadakan antara ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low dan beberapa tokoh penting dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) untuk merancang penyelewengan berjuta-juta dolar wang milik dana pelaburan negara itu.